fbpx
Now Reading
KKM Arah Restoran Makanan Segera Di Kota Kemuning, Shah Alam Ditutup
KKM didakwa arah premis makanan segera ditutup

KKM Arah Restoran Makanan Segera Di Kota Kemuning, Shah Alam Ditutup

Penutupan restoran berkenaan dipercayai berkuat kuasa pada 8 hingga 21 Februari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (8 Februari), tular satu ciapan di Twitter dikongsikan oleh seorang individu yang mendakwa sebuah restoran makanan segera di Kota Kemuning, Shah Alam diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan turut menunjukkan Notis Perintah Tutup yang keluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Pada notis tersebut, penutupan premis berkenaan berkuat kuasa pada 8 hingga 21 Februari.

Dakwanya penutupan restoran popular itu adalah atas faktor kebersihan yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai.

Pelanggan rakam seekor tikus berkeliaran di kaunter bayaran

Dalam satu lagi ciapan yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan, dia turut berkongsi gambar seekor tikus dipercayai berada di kaunter bayaran pandu lalu di restoran tersebut.

“Kepada yang tanya sebab apa tutup, ini jawapannya. Ada orang rakam ada tikus dekat kaunter dia,” kata individu itu.

Wanita soal kebersihan yang diamalkan restoran makanan segera

Carian kami di Facebook kemudian menemui satu hantaran video yang dikongsikan seorang pengguna, Amy Chew menunjukkan seekor tikus berkeliaran di atas kaunter bayaran restoran tersebut.

Dia di dalam hantaran tersebut turut mempersoalkan tahap kebersihan restoran makanan segera tersebut.

“Mengapa ada tikus yang mengambil pesanan kami? Adakah ini tahap kebersihan yang anda amalkan?

Melihat di ruangan balas, berita penutupan restoran berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang meluahkan rasa kurang senang terhadap servis yang diberikan kepada pelanggan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman yang sama tetapi di kawasan yang lain.

Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan KKM berhubung notis berkenaan.

“Servis teruk. Makanan lambat sampai..”

“M** tempat aku dulu pernah tutup juga tapi viral dengan orang tempatan jelah..”

“Servis memang teruk. Tahun 2021 pesan dari pandu lalu kena tunggu order dan terpaksa tunggu dekat luar parkir”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.