Seorang penduduk di Toa Payoh, Singapura sudah muak dengan sikap jirannya lalu mendedahkan sikap pengotor individu berkenaan yang membuang sisa buangan dari cermin tingkap rumahnya pada setiap pagi.
Memetik laporan Coconut News, Valiant Khong berkongsikan perkara itu di grup Facebook Complaint Singapore di Facebook berserta bukti video menunjukkan individu berkenaan menuang secawan cecair keluar tingkap dari tingkat tiga blok di kawasan tersebut.
Cecair yang kelihatan seperti kekuning-kuningan itu turut didakwa adalah air kencing.
Individu buang sisa buangan setiap pagi pada jam 5 ke 6 pagi
Ujar Khong, pelaku yang digelarnya sebagai ‘si bodoh’ akan melakukan perkara jijik itu setiap pagi sekitar jam 5 ke 6 pagi. Selain membuang air kencing, dia juga didakwa membuang puntung rokok, tuala wanita, tisu, makanan, dan barangan lain.
Sehubungan itu dia beberapa aduan telah disalurkan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan atau NEA (National Environtment Agency) sejak beberapa bulan lalku
Gesa pihak berkuasa buat tindakan, persekitaran kotor tak baik untuk anak kecil
Namun setakat ini, pihak berkuasa hanya memberikan amaran selain tidak mahu memasang kamera pengawasan.
Namun penduduk di situ bernasib baik apabila seseorang berjaya merakam perbuatan pelaku sebelum video berkenaan dikongsikan kepada mereka.
“Saya menggesa pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu. Kami mempunyai anak kecil di sekitar kawasan tersebut.
“Ia sangat tidak bersih dan tidak sihat. Singapura adalah tanah air saya, kita perlu menghentikan semua perkara yang dilakukan oleh individu ini dari terus membuat kesalahan yang sama,” tulisnya di dalam Facebook.