fbpx
Now Reading
Hidayah Abam Sedih, Datang Ke Rumah Tapi Salam Tidak Bersahut, Minta Ali Puteh Bayar RM60,000 [Video]

Hidayah Abam Sedih, Datang Ke Rumah Tapi Salam Tidak Bersahut, Minta Ali Puteh Bayar RM60,000 [Video]

Difahamkan, Hidayah mengunjungi rumah tersebut bersama peguamnya untuk menghantar notis 21 hari kepada Ali Puteh kerana gagal membuat pembayaran seperti yang diperintahkan mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (10 Februari), Norhidayah Mohd Ali buat pertama kalinya kembali ke rumah arwah suaminya, pelawak, Abam Bocey selepas genap tiga tahun meninggalkan rumah yang terletak di Gombak, Selangor itu.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di laman TikTok miliknya, kunjungan Norhidayah atau lebih mesra dikenali sebagai Hidayah Abam tidak disambut dengan baik.

Salam yang diberikan oleh hidayah tidak bersahut

Menurut Hidayah, dia yang bersama peguam ke situ telah memberi salam beberapa kali namun tiada seorang pun yang menyahutnya meskipun kelihatan kereta, motosikal dan juga kasut berada di luar rumah.

“Hari Jumaat yang mulia ini, sempena tiga tahun pemergian arwah suami, saya datang ke rumah kami. Sekarang kami di rumah tapi tiada siapa yang menyahut atau membuka pintu.

“Tengok ini ada kereta dan motosikal tetapi tiada siapa yang menjawab salam atau keluar daripada rumah. Saya dah satu jam dekat sini,” katanya.

Keadaan sekeliling rumah nampak semak, seperti tidak diurus dengan baik

Dalam video sama, Hidayah turut berkongsi rakaman keadaan di sekeliling rumah tersebut yang kelihatan seperti tidak diurus dengan baik.

“Rumah macam hutan, sedih tengok keadaan rumah. Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak bagi masuk.

“Korang sendiri tengok mereka memang tak bagi saya masuk rumah kami. Tengok mereka masuk rumah itu dan anda nilaikan sendiri,” katanya lagi.

Hidayah datang ke rumah bersama peguam untuk serah notis 21 hari kepada Ali

Difahamkan, Hidayah mengunjungi rumah tersebut bersama peguamnya untuk menghantar notis 21 hari kepada adik Allahyarham Abam, iaitu pelawak, Ali Puteh kerana gagal membuat pembayaran seperti yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

@hidayah_hamzah

Hari ini Genab 3 tahun arwah Suami tinggalkan Kami Al-fatihah Syed Umar Mokhtar.. Abg syg dtg Rumah Kita tapiiiii..korg tolong Viralkan video ni 👏 sedih sgt2 #hidayahabamviral #videoviral #tolongviralkan #viral

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Peguam saya dah hantar surat tempoh 21 hari untuk pihak sana menyerahkan kunci rumah dan buat bayaran, sampai sekarang masih berdiam diri. Saya minta pihak sana sila jelaskan bayaran RM60,00 yang ditentukan mahkamah.”

Ali nafi dakwaan Hidayah, siap tuduh balu arwah tinggalkan barang untuk upacara ritual

Sementara itu, Ali menafikan dakwaan kakak iparnya itu ketika dihubungi oleh Harian Metro.

“Bohong, kata takda orang. Abang ipar saya juga dapat berbual dengan peguamnya.”

Ali Puteh

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan itu turut mendakwa Hidayah meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain lagi dipercayai untuk upacara ritual tertentu.

Keputusan saman fitnah berpihak pada Hidayah

Terdahulu, BuzzKini melaporkan kes saman fitnah yang melibatkan Ali Puteh dan Hidayah selesai dengan keputusan mahkamah memihak kepada balu arwah abam itu.

Keputusan itu dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnian Hassan pada bulan Februari tahun lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.