Kenderaan Persendirian Tidak Perlu Pamer Roadtax Bermula Hari Ini, 10 Februari
Menurut Anthony Loke, orang ramai kini boleh menggunakan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) yang boleh didapati melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Berita buat buat semua pemilik kenderaaan persendiran di Malaysia di mana anda kini tidak lagi diwajibkan untuk mempamerkan Lesen Kenderaan Motor atau nama lainnya cukai jalan (roadtax) di cerman hadapan kenderaan masing-masing bermula hari ini, 10 Februari 2023.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).
Menurut Anthony, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.
“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.
Tambahnya, orang ramai kini boleh menggunakan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) yang boleh didapati melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.
Ianya selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan.
Anthony sebelum ini ada membangkitkan mengenai isu pelekat cukai jalan (road tax) yang sering tertanggal hingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai. Beliau berjanji akan mengambil tindakan mengenai perkara itu.
Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim memaklumkan orang ramai tidak lagi perlu membawa lesen memandu fizikal kerana dokumen berkenaan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi satu aplikasi khas di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).