fbpx
Now Reading
PDRM Nafi Mesej Tular Taktik Samun Tinggal Telefon Di Jalan Raya
PDRM nafi taktik samun tular di media sosial

PDRM Nafi Mesej Tular Taktik Samun Tinggal Telefon Di Jalan Raya

Menurut PDRM, pihaknya mengesahkan tiada sebarang laporan mengenai modus operandi samun itu diterima.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu hantaran gambar dan mesej suara yang diterima oleh orang ramai di media sosial berhubung taktik baru yang digunakan untuk menyamun.

Menerusi mesej suara tersebut, suara yang dipercayai milik seorang lelaki meminta agar orang ramai tidak turun dari kenderaan mereka sekiranya terlihat telefon bimbit dengan lampu menyala di tepi jalan mahupun lebuh raya.

Menurut lelaki itu lagi, sesiapa yang turun dari kenderaan masing-masing untuk mendapatkan peranti tersebut akan disamun.

PDRM kesan mesej tular tentang taktik baru dalam jenayah samun

Terbaharu, Polis Diraya Malaysia (PDRM) menafikan penyebaran mesej tular tersebut yang kononya ia merupakan satu taktik baru dalam jenayah samun.

“PDRM mengesahkan bahawa tiada laporan diterima mengenai modus operandi sedemikian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan mesej atau berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan serta kegusaran kepada masyarakat.

“Mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan mengikut undang-undang,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.