fbpx
Now Reading
“1 Senario, 1 Sepahtu” – Tular Video Pakya Bersama Kembarnya, Rupanya Ramai Tak Tahu!

“1 Senario, 1 Sepahtu” – Tular Video Pakya Bersama Kembarnya, Rupanya Ramai Tak Tahu!

Berdasarkan video tersebut, ternyata lelaki yang memiliki wajah seiras Pakya itu adalah abang kembarnya sendiri yang dikenali sebagai Yang Sharkawi Shaharum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan pelawak terkenal, Ilya Buang Shaharum bukanlah individu asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bakatnya dalam dunia hiburan mula terserlah sejak pertengahan zaman 90-an lagi menerusi satu program realiti televisyen TV3 iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan.

Selepas menjuarai pertandingan tersebut, beliau telah mengetuai kumpulan lawak lagenda yang dikenali sebagai Senario.

Ilya atau lebih dikenali sebagai Pakya semakin menyinar dalam dunia lawak apabila beliau menyertai kumpulan Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega pada tahun 2014.

Ramai tak tahu Pakya ada kembar

Walaupun nama Pakya semakin popular, tetapi ternyata masih ramai orang tidak mengetahui bahawa pelawak berusia 55 tahun itu mempunyai saudara kembar.

Hal ini susulan tular satu video di laman TikTok akaun @usoppgahai yang memaparkan Pakya bersama seorang lagi lelaki yang seiras wajahnya sedang duduk di sebuah warung.

Lelaki wajah seiras Pakya adalah abang kembarnya

Ternyata lelaki yang memiliki wajah seiras Pakya itu adalah abang kembarnya sendiri yang dikenali sebagai Yang Sharkawi Shaharum.

Difahamkan, di dalam video tersebut Pakya memakai t-shirt berwarna putih manakala kembarnya pula memakai t-shirt berkolar berwarna biru gelap.

Video pendek berdurasi 13 saat itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang melihatnya.

“Ada kembar Pakya ni rupanya” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak menyangka bahawa Pakya mempunyai kembar. Selain itu, tidak kurang juga netizen yang berseloroh mengenai kembar pelawak tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.