fbpx
Now Reading
“Saya Tak Berniat Nak Buat Video Tu, Tapi Dia Yang Fitnah Dulu” – Ali Puteh [Video]

“Saya Tak Berniat Nak Buat Video Tu, Tapi Dia Yang Fitnah Dulu” – Ali Puteh [Video]

Menurut Ali, dia tidak berharap untuk orang ramai menyebelahi dirinya kerana hanya Allah SWT yang tahu akan perkara sebenar yang terjadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@rakyat_bulan/video/7198869093510810907

Minggu lalu, tular di media sosial satu video Norhidayah Mohd Ali, yang kecewa apabila kehadirannya bersama ahli keluarga dan peguam ke rumah arwah suaminya, Abam Bocey yang terletak di Gombak tidak dilayan dengan baik.

Enggan berdiam diri, adik Allahyarham Abam, Ali Puteh tampil membuat luahan di ‘TikTok Live’ bersama dua pengamal perubatan Islam iaitu Tok Singa dan Shafiq Mujahid pada Sabtu lalu (11 Februari).

Ali Puteh tiada niat muat naik video dakwa Hidayah letak barang ‘ilmu hitam’

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @rakyat_bulan, Ali Puteh berkata dia tidak berniat untuk memuat naik video yang mendakwa Norhidayah atau lebih mesra dikenali Hidayah Abam meletakan barang yang berunsur seperti ‘ilmu hitam’ di rumah berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan itu dilakukan olehnya apabila Hidayam membuat naik terlebih dahulu video yang dikatakan berunsur fitnah di media sosial, kata Ali.

“Saya tak berniat nak buat video tu, tapi isteri dia (Hidayah) yang muat naik video fitnah tu dulu. Dia yang naikkan di TikTok yang dia katakana datang di rumah, takda orang bagi masuk dan sejam depan rumah.

“Saya tak duduk situ, adik saya yang duduk situ. Belakang rumah itu rumah kakak saya. Semalam hari Jumaat, orang tiada di rumah orang kerja. Datang pula tak beritahu, kalau datang hari minggu tentu kami ada di rumah,” katanya.

Rumah dijaga dengan baik, bukan seperti apa yang dikatakan Hidayah

Jelasnya lagi, rumah tersebut dijaga dengan baik dan bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh Hidayah menerusi video sebelum ini yang mendakwa rumah arwah suaminya kelihatan tidak terurus.

“Arwah Abam dah meninggal tiga tahun, kalau rumah tu tak berjaga dah bertutup sawang satu rumah. Rumput di situ kita potong tiap-tiap bulan.”

Ali Puteh

Hidayah tak pernah tanya bil elektrik dan air rumah tersebut

Pada masa sama, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut menyoalkan Hidayah yang tidak pernah bertanya mengenai bil elektrik dan air rumah tersebut.

“Ada dia tanya bil api ke bil air ke sepanjang tiga tahun yang kita jaga rumah ni? Tapi bila dia buat video TikTok Live macam itu, orang datang maki dan benci pada saya.”

“Tapi bila dia buat video TikTok macam itu, orang datang memaki dan membenci saya. Saya tak tahu apa-apa,” katanya lagi.

Di akhir perkongsian, Ali berkata dia tidak berharap untuk orang ramai menyebelahi dirinya kerana hanya Allah SWT yang tahu akan perkara sebenar yang terjadi.

Terdahulu, Hidayah meluahkan rasa sedih apabila salam yang diberikan olehnya tidak bersahut ketika dia mengunjung rumah tersebut selepas genap tiga tahun pemergian Arwah Abam pada Jumaat lalu (10 Februari).

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.