“Tak Perlu Angkut Sampah Atas Stage” – Komen Diva AA Terhadap Pakaian Aina Abdul Di AJL37 Dikecam Ramai

Umum mengetahui, Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam (12 Februari) di Axieta Arena, Bukit Jalil.

Dalam pertandingan yang menampilkan beberapa nama besar penyanyi tanah air itu, ternyata tuah milik Aina Abdul apabila dinobatkan sebagai juara AJL37 yang menyanyikan lagu Terus Hidup.

Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya Aina itu sekaligus melayakkan penyanyi itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Ramai puji pakaian Aina Abdul di AJL37

Selain itu, busana serba putih Aina yang diserikan lagi dengan lambakan awam juga berjaya mencuri tumpuan orang ramai.

Kebanyakan netizen memuji keberanian Aina kerana berani menonjolkan sesuatu yang baharu dan tidak pernah dilakukan oleh orang lain.

Bagaimanapun, Pengacara Televisyen Azwan Ali pula dilihat kurang senang mengenai busana serba putih yang ditampilkan oleh Aina.

Diva AA labelkan Busana Aina sebagai ‘sampah’

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA melabelkan pakaian yang dikenakan oleh penyanyi berbakat itu sebagai ‘sampah’.

“Nak tunjuk power vocal? Tak perlu angkut sampah atas stage yang ‘berprestij’, like a real sh*t trend,” tulisnya.

Diva AA pada masa sama juga mengatakan ‘less is more’ yang bermaksud bersederhana adalah lebih baik.

Netizen kecam kritikan Diva AA yang tak berasas

Susulan itu, kebanyakan pengguna media sosial mengecam tindakan Azwan Ali yang secara tiba-tiba mengkritik pemakaian Aina tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Pada masa sama, mereka juga menyifatkan pengacara itu sebagai ‘jealous’ kerana popularitinya yang semakin sendu.

Aina bawa pulang 2 trofi dan wang tunai RM112,000

Terdahulu, Aina Abdul menjadi juara dan dinobatkan sebagai pemenang vokal terbaik dalam AJL37 sekaligus membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM112,000 berserta dua trofi.

Apa-apa pun, kami ucapkan tahniah buat Aina Abdul atas kejayaan memenangi AJL37, abaikan segala komen negatif dan teruskan berkarya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

11 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

12 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

12 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

14 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

14 hours ago