Ustaz Wadi Annuar Tampil Mohon Maaf Isu Perkataan Perihal Bangsa India Ketika Ceramah
Jelas ustaz Wadi Annuar, dia tidak berniat untuk mengina mahupun menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 10 Februari yang lalu, penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar Ayub telah menegur tindakan segelintir umat Islam yang bersama dalam perarakan meraikan Thaipusam dalam ceramahnya di Masjid Al-Azim, Melaka.
Ceramah itu bagaimanapun telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat India ekoran terdapat penggunaan perkataan yang menyentuh sentiviti digunakan oleh penceramah terkenal itu.
Ustaz Wadi Annuar tampil mohon maaf pada masyarakat India
Susulan dari hal itu, Ustaz Wadi menerusi Facebook miliknya telah tampil memohon maaf atas kekhilafannya dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sentiviti dalam ceramah berkenaan.
“Di dalam ceramah itu, saya telah menyebut tetang perarakan Thaipusam yang dihadiri oleh sekumpulan orang Melayu dan ia merupakan kesalahan dalam agama Islam kerana menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.
“Saya terlepas pandang dengan menyebut perkaatan “Sembah Syaitan, dan ia kekhilafan dari saya sendiri,” katanya,
Tak berniat untuk menyinggung perasaan
Beliau kemudian memohon maaf kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu dan menyatakan dia tidak berniat untuk menghina mahupun menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain.
Ujarnya, dia sangat menghormati semua masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini serta berharap agar kenyataan permohonan maaf itu dapat mencapai keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
Melihat di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata positif selain turut memuji tindakannya memohon maaf selepas menyedari kesilapan yang dilakukan.