“Ini Negara Kita!” – Lelaki Bengang Kawasan Pasar Borong Selayang Jadi Tempat Berniaga Warga Asing [Video]
Lelaki terbabit mengatakan jalan di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang sedikit terhalang disebabkan oleh barangan perniagaan warga asing tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang lelaki menyuarakan ketidakpuasan hati dan marah apabila melihat warga asing berniaga secara terang-terangan di sekitar Pasar Borong Selayang pada Isnin lalu (13 Februari).
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sophianmohdzain4, lelaki itu mempersoal mengapa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap isu tersebut.
Warga asing berniaga di tepi papan kenyataan kawasan larangan menjaja di Pasar Borong Selayang
Lebih menaikkan kemarahan lelaki itu apabila peniaga-peniaga yang didakwa warga asing itu membuka khemah dan meletakkan barangan perniagaan mereka hanya bersebelahan dengan papan kenyataan larangan menjaja di kawasan bahu jalan.
“Ni hangpa tengok ni, dilarang menjaja di kawasan tempat letak kereta, ni bukan dia berniaga, ni dah buat macam mak bapak dia punya negara. Dia letak peti ais, dia letak kedai makan, dia pasang khemah, takda tindakan,” katanya dalam keadaan marah.
Jalan sedikit terhalang di Pasar Borong Selayang, menyusahkan rakyat
Menurutnya lagi, jalan di kawasan sekitar sedikit terhalang disebabkan oleh barangan berniaga warga asing itu dan turut mendakwa lori Majlis Perbandaran Selayang dan kereta polis yang berada di situ tidak mengambil sebarang tindakan.
Dalam masa sama, dia juga mengatakan sekiranya perkara tersebut dilakukan oleh rakyat Malaysia, pihak berkuasa akan mengambil tindakan dengan segera, namun sebaliknya pula berlaku jika ia dilakukan oleh warga asing.
“Diorang ni pemegang kad pelarian, pelarian bukan datang berniaga, pelarian bukan datang kerja, pelarian datang menumpang sahaja di sini,” katanya lagi.
Tidak akan berdiam diri selagi pihak berkuasa tidak mengambil tindakan
Ujarnya lagi, dia tidak akan berdiam diri selagi pihak berwajib tidak mengambil tindakan dengan merampas barangan perniagaan berkenaan.
Video tersebut yang turut dikongsi di laman Twitter ternyata mendapat perhatian orang ramai di mana rata-rata bersetuju dengan kenyataan lelaki terbabit dan ingin pihak berwajib memandang serius isu ini.
Keluarkan mereka dari sini. Mmg dah melampau puak2 ni. Kotorkan tempat, gangsterism, drug abuse, macam2 lagi. Bila kita tanya mereka, jawapan dia senang je, “kami bayar sume org, Malaysia bayar sini sana sudah cukup, sume pun boleh buat” So camne skrg?!
— Dhilly🔺 (@leonwales) February 15, 2023
Harap menteri KDN yg baru @saifnasution boleh lah settle kan masalah ni.. lambakan pelarian rohingya dkt pasar borong selayang tu buatkan rakyat kita sendiri yg rasa takut dan terancam..
— RabiaHidyh🤍 (@Heyyrabio) February 15, 2023
Malahan mereka turut risau akan keselamatan lelaki tersebut yang berani menyuarakan isu lambakan warga asing dan pelarian yang mampu berniaga di negara ini kerana mendakwa golongan tersebut ‘dijaga’ oleh kumpulan-kumpulan samseng.
I sangat risau for this pakcik. Sbb i dgr crita kt sana (pasar selayang) mcm2 kes jadi. Scary tau klau kesana. I pernah tinggal d selayang beberapa tahun. Mcm2 cerita yg didengar. Wallahualam. Pakcik sy sgt risau utk pakcik 😓
— Asmidar (@asmidarisme) February 15, 2023
Silap2 pakcik ni kena kutip dgn brader kawasan. Selayang ni bnyk gengster yg jaga. Rohingya tu berniaga pun mesti bagi duit kat gengster2 ni sebagai lesen niaga.
— a (@achrfhkm_jf) February 14, 2023