
Lelaki Dakwa Sains Adalah Sihir, Boleh Rosakkan Akidah [Video]
Dia dalam masa sama turut menasihati ibu bapa agar membetulkan akidah anak-anak selepas mereka mempelajari ilmu sains di sekolah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak di sekolah rendah lagi, kita sudah diterapkan dengan matapelajaran sains yang wajib diambil, oleh itu pelbagai ilmu berkaitan dengan sains yang kita pelajari.
Bahkan, ilmu mengenai sains juga diajar semasa di sekolah menengah dan bagi yang betul-betul meminatinya, sudah pasti akan mengambil aliran sains semasa tingkatan 4 dan 5.
Lelaki dakwa ilmu sains adalah sihir
Namun, siapa sangka baru-baru ini seorang lelaki mendakwa bahawa ilmu sains yang selama ini diajar di sekolah mahupun universiti adalah sihir.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ezzul_harris, lelaki itu mengatakan apabila ilmu sains sudah mencapai tahap yang tinggi, orang ramai tidak lagi dapat membezakan antara sihir dan sains.
Matapelajaran sains dapat rosakan akidah
Katanya, dia meminta orang ramai agar berhati-hati ketika mempelajari ilmu sains di sekolah kerana matapelajaran tersebut dapat merosakkan akidah sama seperti sihir.
Dia pada masa sama turut menasihati ibu bapa agar membetulkan akidah anak-anak selepas mereka mempelajari ilmu sains di sekolah.
“Mak ayah yang bertanggungjawab pastikan anda betulkan akidah anak anda di rumah setelah belajar sains sihir di sekolah.
“Akhir zaman, dajjal akan datang dengan satu ilmu sihir yang sangat hebat, kalau dajjal datang dengan cara tok bomoh Siam, kau rasa orang nak ikut ke? Dajjal akan datang dengan teknologi Sains yang sangat advanced,” katanya.
Ramai tak setuju dengan dakwaan tersebut
Video perkongsian tersebut turut dimuat naik di laman Twitter di mana rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan pendapat lelaki tersebut.
Science itu sihir ye kawan².
— 💀 Saygex 💀 (@ConferWithTerry) February 14, 2023
Dia kata awas dan kalau boleh jangan belajar sains.. Tapi dia sendiri guna sihir science untuk guna, upload dan sebar video dia ni.. Yang asalnya.. Dari sihir science. 🤷♂️ pic.twitter.com/3TcSoNIRIO
Maknanya 🇲🇾 adalah negara sihir la kan, sbb ada usm kat penang dan kelantan?
— Ady Kent (@ady_kent) February 14, 2023
Boleh x sesaper tlg suruh mamat tu berambus drp negara sihir ni for good? Tanah berdaulat ini x memerlukan kebodohan yakmat mcm beliau
Jgn termakan dgn org lapar perhatian mcm ni.
— Ammar Bin Kamar (@AmmarKamar) February 14, 2023
Btw, dia sengaja buat mcm ni supaya hangpa maki dia.
Lepas tu dia kata masa cerita alquran kena bakar, xdak siapa amek kesah (x sensasi)
Dia baru ada tiktok ke ape aku x tau la. Yg aku tau, conclusion dia paling bodoh. As expected
Netizen bagi komen ‘sarcastik’
Menjengah di ruangan komen pula, kebanyakan netizen tidak begitu memandang serius kenyataan yang diberikan oleh lelaki terbabit, malah mereka turut berseloroh mengenai dakwaan sains adalah sihir itu.


