Saban hari ada sahaja berita dilaporkan mengenai mangsa yang terpedaya dengan tipu helah scammer.
Malah mereka juga mempunyai pelbagai jenis modus operandi antaranya menyamar menjadi wakil bank untuk mengutip hutang, mengiklankan sesuatu produk di media sosial, menawarkan kerja sambilan dan banyak lagi.
Meskipun perkara ini telah berulang kali dinasihatkan oleh pihak berkuasa untuk tidak mudah mempercayainya tetapi masih ada lagi yang terjerat dan menjadi mangsa mereka.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial dikongsikan oleh Fyqa Zainol yang menceritakan detik ketika dia menjadi mangsa penipuan scammer sehingga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.
Menerusi video tersebut, Fyqa yang baru sahaja membuat laporan di balai polis itu meminta agar orang ramai tidak mengecam dirinya dan mengakui kesilapannya kerana menyertai kerja sambilan terbabit.
Menurutnya, tugasan yang diberikan adalah dia perlu membuat tempahan hotel dan perlu memberikan bukti tempahan serta pembayaran kepada suspek (scammer) berkenaan.
Sepanjang membuat kerja sambilan itu, Fyqa menyatakan dia mendapat pulangan semula selepas membuat dua tugasan yang diberikan.
Dia kemudian dijanjikan untuk mendapat wang sebanyak RM168 jika melakukan tugasan ketiga.
“Aku pun nak buat tugasan ketiga itu, tapi rupa-rupanya task ke tiga tu ada dua hotel yang kena tempah. Satu hotel kena tempah harga RM500 dan dia tidak akan bayar lagi sebab tugasan ini ada dua order (pesanan).
“Jadi lepas selesai dua order baru dia akan bayar (ke akaun Fyqa). Untuk hari kejadian aku tak mampu nak bayar untuk hotel yang kedua tu sebab hari dah malam dan duit dalam bank pun dah limit (sampai had yang ditentukan).
“Jadi aku cakap aku bayar esok untuk hotel kedua tu, apabila dah bayar hotel tersebut aku kena overtime task (kerja lebih) sebab lambat bayar dan ia mempunyai dua tugasan lagi untuk mendapatkan wang itu semula,” kata Fyqa.
Ketika itu dia mula menyedari bahawa dia perlu berhenti dari membuat kerja tersebut dan bertanya kepada individu berkenaan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan wang yang dilaburkan semula.
Individu itu kemudian menyatakan dia perlu membuat overtime task berkenaan untuk mendapatkan wangnya semula.
Namun meskipun semua tugasan telah dilakukan dia masih lagi tidak mendapat wang pulangan yang dijanjikan malah dia diminta untuk membuat pembayaran lagi sebanyak 60% iaitu cas tambahan untuk proses berkenaan.
Fyqa turut menyatakan bahawa wang di dalam akaun banknya sudah tiada dan tidak sanggup untuk menyatakan jumlahnya.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Fyqa menyatakan dia kemudian membuat laporan polis serta berharap agar wangnya itu dipulangkan semula oleh scammer tidak bertanggungjawab itu.
Melihat di ruangan komen, ramai yang pernah menyertai kerja sambilan seperti yang dilakukan oleh wanita ini namun menghentikannya dengan segera selepas mendapat wang pulangan.
Ada juga yang antaranya yang berkongsi pengalaman terpedaya dengan perkara yang sama.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…