fbpx
Now Reading
3 Lelaki Di Sudan Dihukum Potong Tangan Kerana Mencuri Tong Gas

3 Lelaki Di Sudan Dihukum Potong Tangan Kerana Mencuri Tong Gas

Mereka juga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana melakukan kesalahan tersebut serta denda 2 juta pound Sudan sebagai pampasan atas kecurian itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat pertama kali dalam hampir sedekad, mahkamah Sudan menjatuhi hukuman potong tangan terhadap tiga lelaki kerana mencuri.

Menurut laporan The Guardian, tiga lelaki berusia 20-an itu disabitkan kesalahan mencuri tong gas di Omdurman yang terletak di seberang Sungai Nil di dalam negeri Khartoum.

Keputusan hukuman tersebut telah dijatuhkan dua minggu lalu tetapi baru didedahkan sekarang.

Turut dijatuhi hukuman penjara dan denda

Selain itu, mereka juga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana melakukan kesalahan tersebut serta denda 2 juta pound Sudan (RM15,918) sebagai pampasan atas kecurian itu.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki itu telah dibawa ke penjara Koper di utara Khartoum bagi menjalani hukuman tersebut, namun tarikh hukuman belum ditentukan lagi.

Dalam satu kenyataan oleh Pusat Kajian Keadilan dan Keamanan Afrika pula, organisasi hak asasi manusia yang beroperasi di Uganda itu telah menuduh pihak berkuasa Sudan tidak memberikan perbicaraan yang adil kepada ketiga-tiga lelaki itu.

Sudan menandatangani konvensyen PBB pada 2021, namun tiada penggubalan dilakukan

Untuk info, pada Ogos 2021 Sudan telah menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan penyeksaan dan hukuman lain yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau merendahkan maruah yang sepatutnya menyebabkan banyak undang-undang dalam kanun jenayah digubal semula.

Bagaimanapun, penggubalan itu tidak pernah berlaku kerana tiada kehendak untuk melakukannya oleh orang yang memegang kuasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.