fbpx
Now Reading
Bekas Kapten Bola Sepak Kanak-Kanak Yang Diselamatkan Dari Gua Thailand Meninggal Dunia Di UK
kapten bola sepak yang terperangkap dalam gua di Thailand meninggal dunia

Bekas Kapten Bola Sepak Kanak-Kanak Yang Diselamatkan Dari Gua Thailand Meninggal Dunia Di UK

Punca kematian Duangpeth Promthep bagaimanapun tidak diketahui namun laporan di Thailand melaporkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada tahun 2018, dunia telah digemparkan dengan berita 12 orang pemain bola sepak kanak-kanak bersama jurulatih mereka yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand.

Namun kesemua pemain dan jurulatihdari kelab Wild Boar tersebut berjaya dibawa keluar dengan selamat selepas 17 hari terperangkap di dalam gua berkenaan menerusi satu misi bantuan antarabangsa.

Baca artikel berkaitan: “Saya Takut Akan Dimarahi Ibu Selepas Keluar Daripada Gua”

Kapten bola sepak yang terperangkap di dalam gua pada tahun 2018 meninggal dunia

Terbaharu, salah seorang pemain tersebut iaitu Duangpetch Promthep atau nama samarannya Dom yang juga kapten pasukan telah dilaporkan meninggal dunia di UK, lapor media di Thailand.

Menurut BBC, punca kematian pemain itu masih belum diketahui, namun laporan di Thailand melaporkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Semasa insiden berlaku Promthep berusia 13 tahun, dan beberapa tahun kemudiannya di menyertai Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House di Leicestershire semasa berusia 17 tahun pada tahun lalu (2022).

Berita pemergian dikongsikan oleh sebuah organisasi & kuil di Facebook

Memetik laporan Mothership, berita kematian pemain berkenaan turut dikongsikan oleh satu organisasi bukan kerajaan, Zico Foundation yang diasaskan oleh bekas pemain dan jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang menerusi satu hantaran di Facebook pada 15 Februari lalu.

Jelas organisasi berkenaan, pihaknya mengucapkan takziah di atas pemergian Promthep dan butiran kematian pemain itu akan diberikan pada masa terdekat

Organisasi berkenaan sebelum ini, turut pernah membantu Promthep untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya ke UK.

Selain organisasi berkenaan, Kuil Wat Doi Wao di kampung halaman Promthep di Chiang Rai turut tidak terlepas untuk mengucapkan takziah kepada keluarga pemain itu di Facebook.

“Semoga roh Dom (Promthep) tenang. Dom merupakan seorang yang ceria dan mempunyai masa depan.

“Manusia hanya mengetahu tarikh lahir mereka tetapi tidak tahu tarikh kematian mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menerusi laporan BBC, berita kematian Promthep itu diketahui oleh kuil berkenaan selepas dimaklumkan oleh ibunya sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.