fbpx

Jualan Sambal Nyet Khairul Aming Cecah RM21.5 Juta, Ramai Bangga & Jadikan Inspirasi [Video]

Produk Sambal Nyet juga telah memenangi dua anugerah daripada Shopee iaitu Best New Seller dan Best Customer Service.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja Nama Khairul Aming, pasti ramai yang mengenali influencer dan usahawan dari Kelantan ini yang mula mendapat perhatian dengan memuat naik video masakannya di media sosial.

Saban tahun, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman yang berusia 31 tahun itu.

Antara kejayaan terbesarnya adalah dengan menjual produk makanan berasaskan sambal yang dinamakan sebagai Sambal Nyet.

Jualan Sambal Nyet sudah mencecah RM21.5 juta

Terbaharu bersempa dengan ulang tahun kedua penjualan Sambal Nyet, Khairul Aming telah berkongsi kepada orang ramai kejayaan perniagaan produk sambal tersebut yang sudah berjaya merekodkan jualan mencecah RM21.5 juta.

“Hari ini (semalam) genap 2 tahun kita menjual Sambal Nyet Berapi dan saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda yang total jualan kita telah mencecah sebanyak RM21.5 juta ringgit iaitu bersamaan dengan jualan 1.5 botol sambal.”

Jualan Sambal Nyet meningkat dari tahun pertama ke tahun kedua

Jelasnya, jualan Sambal Nyet pada tahun pertama (2021) adalah sebanyak RM7.5 juta dan terus meningkat menjadi RM14 juta pada tahun 2022.

Khairul Aming dalam masa yang sama turut menyatakan kejayaan produk tersebut yang memenangi dua anugerah daripada Shopee iaitu Best New Seller dan Best Customer Service.

Khairul Aming kongsi cara jaga servis jualan

Susulan itu, Khairul Aming berkongsi bagaimana cara syarikatnya menjaga servis jualan mereka dari hari ke hari di dalam video tersebut.

Di akhir perkongsian, Khairul Aming turut berkongsi rancangannya pada tahun ini, seperti memberi ganjaran kepada pekerjanya dan menganjurkan lebih banyak ‘event’ serta jualan Sambal Nyet di universiti.

Netizen turut bangga dengan kejayaan Khairul Aming

Dalam masa sama, rata-rata pengguna Twitter berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh personaliti media sosial itu serta mengucapkan tahniah kepadanya.

Selain itu, mereka turut menjadikan Khairul Aming sebagai role model dan sumber inspirasi untuk kekal berusaha demi mencapai kejayaan dalam hidup.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.