fbpx
Now Reading
“Si Adik Sampai Terlelap” – 3 Beradik Setia Tunggu Jasad Ibu Di Depan Bilik Mayat Buat Ramai Sebak [Video]

“Si Adik Sampai Terlelap” – 3 Beradik Setia Tunggu Jasad Ibu Di Depan Bilik Mayat Buat Ramai Sebak [Video]

Lebih menyayat hati apabila adik bongsu mereka setia menunggu jasad ibunya sehingga terlelap di atas tempat duduk tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saat pemergian orang tersayang dari dunia ini adalah momen yang paling menyedihkan untuk diterima dan dihadapi, terutamanya apabila individu tersebut adalah ibu atau bapa.

Lebih menyedihkan apabila pemergian ibu atau bapa di saat seseorang itu masih memerlukan tempat bergantung kasih.

3 beradik kehilangan ibu ketika masih kecil

Begitulah yang dihadapi oleh tiga beradik ini apabila ibu tercinta pergi menghadap Ilahi di saat mereka masih kecil.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @abambotaksdk, kelihatan tiga beradik lelaki itu sedang menunggu di hadapan bilik ruang penerimaan mayat di sebuah Hospital di Sandakan, Sabah.

Difahamkan, mereka bertiga sedang menunggu jenazah ibu yang telah meninggal dunia.

Tunggu jenazah ibu dibawa keluar, si adik sampai terlelap

Lebih menyayat hati apabila adik bongsu mereka setia menunggu jasad ibunya sehingga terlelap di atas tempat duduk tersebut.

“3 beradik tunggu insan istimewa walau hanya sekujur jasad tidak bernyawa. Si adik setia menunggu ibunya sampai terlena.”

Video berdurasi 37 saat itu ternyata mendapat perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat nasib tiga beradik tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Selain mendoakan agar kebajikan mereka terjaga, segelintir netizen juga dilihat sudi mengambil kanak-kanak tersebut untuk diberikan kasih sayang serta dijaga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.