Ini Cara Buat Lilin Wangi Menggunakan Minyak Masak Terpakai [Video]
Kaedah yang diajar oleh wanita ini untuk membuat minyak bekas gorengan menjadi lilin wangi adalah mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan orang pasti akan membuang lebihan minyak goreng yang sudah lama. Manakan tidak kalau dah dua atau tiga kali guna, warna minyak tersebut akan bertukar kehitaman.
Tahukah anda, sebenarnya minyak bekas gorengan itu boleh dikitar semula menjadi lilin wangi (scented candle) seperti yang dijual di kedai serbaneka.
Menerusi hantaran video di akaun TikTok @mamaq3funland, seorang wanita menunjukkan cara untuk menukar minyak masak lama menjadi lilin wangi
Bahan-Bahan yang diperlukan:
- Minyak masak yang telah digunakan
- Nasi
- Wax
- Minyak Pati (tak kisah jenama apa)
- Tali
- Bekas tin minuman
Berikut adalah caranya:
#1 Goreng nasi dalam minyak
Pertama sekali, ambil nasi dan goreng di dalam minyak lama tersebut sehingga garing untuk menghilangkan bau bekas gorengan yang ada.
Jika masih ada bau, ulang semula cara tersebut. Apabila selesai, ambil nasi yang ada di dalam minyak dengan penapis.
Difahamkan, cara ini juga bagi mengelakkan lilin daripada dihurung semut atau serangga lain.
#2 Masukkan pati minyak
Masukkan pati minyak wangian tersebut ke dalam minyak yang telah hilang bau tadi. Jumlah titisan minyak pati bergantung kepada anda sendiri mengikut kekuatan aroma yang diinginkan
Terpulang kepada anda jika ingin menggunakan jenama pati minyak apa dan jenis wangian yang diinginkan.
Namun menerusi video sama, wanita itu dilihat menggantikan kuali yang sebelum ini digunakan untuk mengoreng nasi kepada sebuah ‘pan’ baru.
#3 Masukkan wax
Selepas itu, masukkan pula wax lilin di dalam minyak bekas gorengan yang masih panas dan kacau hingga sebati.
Fungsi wax adalah untuk mengeraskan minyak tersebut agar mengikut bentuk acuan yang diinginkan nanti.
Untuk info, wax lilin ini boleh didapati di Shopee atau kedai serbaneka seperti Daiso.
#4 Letak tali dalam bekas minuman
Semasa menunggu minyak yang telah dicampur dengan wax sedang dipanaskan, anda boleh memotong bahagian atas bekas tin minuman yang sudah disediakan dan masukan tali.
Nota: Anda juga boleh gunakan apa sahaja jenis bekas yang diinginkan.
Untuk pastikan tali berada di tengah, ikat tali tersebut dengan sebatang pensil atau pen.
Boleh rujuk gambar di bawah.
#5 Tuang minyak dalam bekas tin minuman
Akhir sekali, tuang minyak ke dalam bekas tin minuman tersebut dan tunggu sehingga 20 minit untuk pastikan ianya mengeras dan menjadi lilin.
Diharapkan perkongsian ini berguna buat anda semua yang ingin cuba menghasilkan lilin wangi sendiri.
Lepas ni, boleh lah letak dekat ruang tamu atau dalam bilik biar sentiasa harum semerbak.