fbpx
Now Reading
Ms Puiyi Tawar Biasiswa Pendidikan RM4.3 Juta, Mahu Bantu Ubah Nasib Pelajar Yang Tak Mampu [Video]

Ms Puiyi Tawar Biasiswa Pendidikan RM4.3 Juta, Mahu Bantu Ubah Nasib Pelajar Yang Tak Mampu [Video]

Menurut Puiyi, setiap pelajar akan diberikan geran AS$1,000 untuk meneruskan pelajaran dalam bidang yang mereka mahukan selain pelbagai akses lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Influencer dan DJ yang kini terjun ke dunia lakonan, Ms Puiyi menawarkan biasiswa dengan jumlah keseluruhan AS$1 juta (RM4.3 juta) kepada golongan pelajar yang memerlukan.

Pelakon filem Pulau itu menerusi satu video di Facebook memaklumkan niatnya hanyalah untuk membawa perubahan kepada golongan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran tapi berdepan kekangan kewangan.

“Hai semua, saya ingin maklumkan bahawa hari ini saya akan melancarkan program biasiswa pertama saya. Sebagai seorang yang membesar di kawasan luar bandar, keluarga saya bukanlah keluarga berkemampuan untuk membiayai pengajian saya.

“Dahulu, saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan saya perlu bekerja setiap hari sehingga lewat malam.

“Saya perlu ke kolej dan bekerja sebagai model sambilan di pelbagai lokasi pada setiap minggu. Ada ketikanya saya tidak dapat tidur mencukupi dan tidak dapat makanan sepatutnya,” kata Ms Puiyi atau nama penuhnya Siew Pui Yi.

Keadaan itu membuatkan dia akhirnya tidak dapat menyambung pelajaran sekaligus menggapai impiannya untuk menjadi pakar bedah.

Tawar AS$1,000 kepada setiap yang layak

Tidak mahu ada lagi orang yang berdepan perkara sama, Ms Puiyi dengan kerjasama sebuah organisasi iaitu EduCapital kini menawarkan biasasiswa sebanyak AS$1,000 (RM4,300) kepada semua mereka yang memerlukan di seluruh dunia.

“Sekarang, saya ingin membawa perubahan dan berhasrat untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

“Setiap pelajar akan diberikan geran AS$1,000 untuk meneruskan pelajaran dalam bidang yang mereka mahukan. Mereka juga akan mendapat akses untuk menerima geran pelajaran sepanjang proses pembelajaran dan turut diberikan geran perniagaan selepas tamat pelajaran,” katanya.

Menerusi semakan kami, mereka yang ingin memohon biasasiswa tersebut boleh memohon di sini atau copy paste link di bawah ke browser anda: www.mspuiyischolarship.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.