fbpx
Now Reading
Remaja 19 Tahun Di China Mungkin Jadi Individu Paling Muda Alami Penyakit Alzheimer
remaja usia 19 tahun jadi individu termuda hidap penyakit Alzheimer

Remaja 19 Tahun Di China Mungkin Jadi Individu Paling Muda Alami Penyakit Alzheimer

Doktor turut berasa hairan kerana berdasarkan siasatan dan ujian yang dibuat kepada remaja berkenaan mendapati dia tidak mempunya sejarah keluarga atau genetik mutasi bagi penyakit Alzheimer.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja di China mungkin akan menjadi pesakit paling muda di dunia yang mengalami sakit Alzheimer.

Memetik laporan Daily Mail, remaja berusia 19 tahun itu yang dipercayai berasal dari Beijing, China mempunyai simptom penyakit itu selama dua tahun termasuklah hilang ingatan, sukar memberikan perhatian, memberi reaksi yang lambat serta kesukaran untuk membaca

Ketika dia hadir untuk bertemu doktor di Capital Medical Universiti, Beijing, remaja itu tidak dapat mengingati apakah makanan yang dimakan pada hari sebelumnya dan terpaksa menarik diri dari sekolah menengah ketika berada di tahun akhir.

Kawasan otak yang main peranan penting dalam kognisi telah mengecut

Ujian dan imbasan yang dilakukan menunjukkan hipotalamusnya iaitu kawasan otak yang memainkan peranan sangat penting dalam kognisi telah mengecut.

Ia juga menunjukkan kerosakan pada lobus temporalnya dan peningkatan tahap protein yang dipanggil ‘tau’ dan kedua-dua itu adalah ciri kepada penyakit Alzheimer.

Doktor yang membuat laporan berhubung kes tersebut turut berasa hairan kerana berdasarkan siasatan yang dilakukan dia tidak mempunyai sejarah keluarga atau genetik mutasi yang sering dijumpai kepada pesakit Alzheimer yang muda.

Terdapat beberapa jenis yang menentukan penyakit awal Alzheimer

Terdapat lebih dari satu genetik mutasi yang boleh menentukan tanda penyakit awal kepada Alzheimer iaitu Presenilin 1, Presenilin 2 dan protein prekursor Amyloid (APP).

Mutasi itu berlaku apabila terdapat pengeluaran protein yang toksik secara banyak yang dipanggil amyloid-beta peptide, pemula kepada plak amyloid iaitu ciri kepada penyakit Alzheimer.

“Ini merupakan kes termuda yang pernah dilaporkan untuk memenuhi kriteria diagnostik untuk kemungkinan (penyakit Alzheimer) tanpa mutasi genetik yang diiktiraf,” kata doktor berkenaan.

Mereka yang menghidap masalah Alzheimer kebiasaanya berumur 65 tahun ke atas dan mereka yang didiagnos sebelum 65 tahun hanyalah sekitar 5% hingga 10% dari kesemua kes.

Sebelum ini, orang termuda yang disahkan menghidap penyakit Alzheimer adalah berusia 21 tahun kerana memiliki genetik mutasi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.