fbpx
kanak-kanak buat persembahan Choral speaking buat ramai terpukau

Keletah Pelajar 5 Tahun Buat Persembahan ‘Choral Speaking’ Undang Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kedengaran orang ramai turut memberikan tepukan yang gemuruh kepada kanak-kanak berkenaan sejurus selesai membuat persembahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 12 tahun sering didedahkan dengan pelbagai aktiviti di sekolah antaranya seperti membuat persembahan menyanyi, membaca, menari, sukan dan banyak lagi.

Tujuan mereka didedahkan kepada aktiviti sebegini adalah untuk membina keyakinan diri mereka selain mencungkil bakat yang dimiliki oleh si cilik.

Malah aksi comel mereka ketika membuat persembahan atau keyakinan yang ditonjolkan ketika beraksi turut membuatkan ibu bapa berasa bangga dan kagum melihat kejayaan anak-anak.

Orang ramai terpukau dengan persembahan ‘choral speaking’ kanak-kanak usia 5 tahun

Perkara sama turut tular di TikTok apabila ramai yang terpukau dengan persembahan diberikan oleh sekumpulan kanak-kanak yang berusia 5 tahun.

Menerusi video dikongsikan oleh Abe Awe, kelihatan kanak-kanak tersebut sedang membuat persembahan ‘choral speaking’ atau dikenali sebagai bicara berirama di hadapan penonton.

Apa yang menarik perhatian, meskipun mereka baru berusia 5 tahun namun persembahan ditonjolkan seperti pelajar sekolah menengah dan setiap baris perkataan disebut dengan jelas.

Turut kelihatan seorang wanita yang dipercayai guru mereka menjadi konduktor agar persembahan si cilik menjadi seragam seperti yang dirancang.

Turut bernyanyi sambil menyampaikan cerita

Malah mereka bukan sahaja menyampaikan cerita tetapi turut menyanyi bersama-sama sehingga memukau para penonton yang melihatnya.

Dalam satu lagi video Abe Awe turut berkongsi rakaman penuh bagi persembahan tersebut yang menunjukkan kecomelan mereka ketika membuat persembahan.

Sejurus selesai sahaja persembahan, orang ramai memberikan tepukan yang gemuruh kepada mereka.

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan persembahan mereka selain turut memuji guru yang sudah berusaha keras melatih kanak-kanak tersebut.

“MasyaAllah comelnya”

“Weh kalah aku dengan budak, lancar je dia orang hafal ni kalau aku dah tak ingat apa dah”

“Respect dengan cikgu yang latih dia orang ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.