fbpx
Now Reading
Perarakan Bersama Replika Senjata Tidak Wajar, Kata Menteri Agama [Video]

Perarakan Bersama Replika Senjata Tidak Wajar, Kata Menteri Agama [Video]

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Terengganu menjelaskan, program itu yang merupakan perhimpunan seluruh jentera pemuda parti Islam negeri itu sudah menjadi acara tahunan sejak 1991.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial foto perarakan sekumpulan ahli Pemuda PAS Terengganu yang membawa replika senjata dan perisai ketika program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2023).

Gambar-gambar tersebut yang dimuat naik Facebook Pemuda PAS Terengganu mencetuskan perdebatan dengan segelintir dilihat mengkritiknya memandangkan perbuatan mempamerkan dan memiliki senjata walaupun palsu kepada khalayak merupakan kesalahan jenayah mengikut Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Sehubungan itu Polis Terengganu memaklumkan akan menyiasat dan mengambil tindakan berhubung insiden tersebut.

“Hasil siasatan mendapati perarakan tersebut merupakan pertandingan mereka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam. Ia merupakan salah satu acara yang dianjurkan dalam program tersebut,” katanya dipetik dari Kosmo.

Namun menurut Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Harun Esa pula, program itu yang merupakan perhimpunan seluruh jentera pemuda parti Islam negeri itu sudah menjadi acara tahunan sejak 1991.

Jelasnya tiada sebarang unsur keganasan dan provokasi, bahkan sudah menjadi tradisi oleh Pemuda PAS tempatan untuk membawa ‘replika’ masing-masing ketika perarakan.

Perarakan beri gambaran tidak baik kepada Islam

Terbaharu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan perarakan menggunakan simbol keagamaan Islam itu adalah tidak wajar.

 Jelasnya perbuatan itu memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara.

“Pada hemat saya, tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan juga boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara.

“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, 19 Februari.

 Mohd Na’im turut menyeru semua pihak bertanggunggjawab untuk keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

Serah kes tersebut kepada pihak berkuasa

 Mohd Na’im dalam masa sama turut menyeru semua pihak agar menjaga keamanan dan keharmonian dalam masyarakat selain mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh mengundang kegelisahan awam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan serta apa-apa tindakan keselamatan negara,” tambahnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.