fbpx
Anthony naik bas percuma ke parlimen

Anthony Loke Naik Bas Percuma Ke Parlimen

Pelancaran perkhidmatan bas percuma ke Parlimen itu telah diadakan semalam (20 Februari) memandangkan terdapat keluhan orang awam mengenai kesesakan lalu lintas serta isu tempat parkir kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (20 Februari) Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah melancarkan bas percuma Parlimen laluan T851 untuk kegunaan Ahli Parlimen, pegawai, rakan media serta orang awam.

Inisiatif bas percuma itu adalah untuk memudahkan mereka yang mempunyai urusan di Parlimen memandangan bangunan itu mempunyai masalah kekurangan tempat letak kereta dan kesesakan lalu lintas semasa Parlimen bersidang.

“Saya faham kesesakan ini akan menjejaskan kualiti kehidupan terutamanya warga-warga parlimen atau pihak media yang perlu bertugas sehingga malam. Keesokan hari pula perlu datang awal ke parlimen untuk mencari parkir semata-mata.

“Jadi Kementerian Pengangkutan besama Rapid KL menyediakan kemudahan bas untuk menggalakkan penggunaan pengangkitan awam dan memperkenalkan ‘last mile connectian’ dari KL Sentran ke Parlimen,” ujarnya.

Menurutnya, beliau yakin bas tersebut dapat memberikan keselesaan kepada semua pihak selain dapat membantu untuk mengurangkan perlepasan carbon emission ke udara.

Tak lepas peluang, Anthony naik bas ke Parlimen

Terbaharu, Anthony Loke turut tidak melepaskan peluang untuk menaiki bas percuma yang disediakan untuk ke Parlimen itu.

“Selamat pagi. Saya sedang naik bas T851 ke Parlimen untuk menjawab soalan bus feeder di Dewan Rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di facebook.

Malah tindakannya itu turut mendapat perhatian orang ramai di mana majoriti merasakan ianya wajar dicontohi oleh pemimpin dan ahli politik yang lain.

Selain itu, ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk memberikan cadangan kepada pemimpin tersebut seperti menukarkan bas panjang kepada bas mini agar ia memudahkan perjalanan ketika di atas jalan raya.

“Terbaik YB Menteri Pengangkutan yang merasai pengalamannya sendiri”

“Terbaik YB Anthony, awak betul-betul bekerja untuk rakyat, sendiri alami pengangkutan marhaen..”

“Mohon pertimbangkan tukar bas panjang kepada bas mini..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.