fbpx
Now Reading
“Bukan Isu Keselamatan”- Tular Foto Guna Pelekat Kuning Dalam Pesawat, Ini Respon AirAsia

“Bukan Isu Keselamatan”- Tular Foto Guna Pelekat Kuning Dalam Pesawat, Ini Respon AirAsia

Menurut Ketua Kejuruteraan AirAsia Alvin Tan, isu tersebut turut dihadapi banyak syarikat penerbangan yang lain justeru mereka terpaksa meneruskan penerbangan seperti yang dijadualkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial foto kerusi di dalam pesawat penerbangan AirAsia yang dipenuhi dengan pita pelekat kuning.

Menerusi foto yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, pesawat D7379 berkenaan difahamkan dalam perjalanan pulang dari Taipei, Taiwan ke Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu.

“Penerbangan AirAsia dari Taipei ke Kuala Lumpur. Saya rasa malu. Orang asing pasti berfikir mereka akan pergi ke negara yang sangat mundur. Pesawat ditampal dengan pita pelekat Ini penerbangan antarabangsa!” luah Edward Yong di Facebook.

Menerusi ruangan komen, dia turut memaklumkan insiden tersebut bagaimanapun tidak berlaku pada kelas perniagaan.

Penularan foto tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di mana ada yang mengkritik syarikat penerbangan tambang murah itu dan ada juga yang merasakan penggunaan pita pelekat kuning tersebut pasti bersebab dan yakin ianya akan diselesaikan sebaik tiba di Kuala Lumpur.

Terbaharu Bahagian Kejuruteraan AirAsia dalam satu kenyataan berkata, perkara itu berlaku disebabkan kekurangan bahan gantian dalaman yang dihadapi oleh syarikat penerbangan.

Menurut Ketua Kejuruteraan AirAsia Alvin Tan, isu tersebut turut dihadapi banyak syarikat penerbangan yang lain justeru mereka terpaksa meneruskan penerbangan seperti yang dijadualkan.

“Pelekat kuning (vinyl tape) yang biasanya digunakan untuk pembaikan kosmetik dalam kabin digunakan untuk kegunaan sementara bagi meneruskan penerbangan agar tetamu dapat ke destinasi mereka dengan selamat dan tepat pada masanya. Bahan gantian yang dipesan pada Ogos tahun lalu sudah sampai minggu lepas dan kerja-kerja penambahbaikan sedang dilakukan.”

Kata Alvin Tan dalam satu kenyataan kepada Borneo Post

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.