fbpx
Now Reading
Kecewa Terlepas Penerbangan, Jurutera Tentera Di India Nekad Buat Ancaman Bom Palsu
jurutera tentera beri panggilan ancaman bom palsu

Kecewa Terlepas Penerbangan, Jurutera Tentera Di India Nekad Buat Ancaman Bom Palsu

Jelas polis disebabkan kecewa tidak dibenarkan masuk, jurutera tentera itu kemudian bertindak untuk membuat panggilan ancaman bom palsu hingga menyusahkan banyak penumpang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang jurutera tentera di India telah ditahan pada Isnin (20 Februari) lalu gara-gara membuat satu ancaman bom palsu kerana mahu menangguhkan penerbangannya.

Memetik laporan New York Post, perkara itu dilakukan oleh Ajmeer Bhadraiah, 59, yang juga seorang jurutera penyelia Perkhidmatan Kejuruteraan Tentera, kecewa kerana terlepas penerbangan yang pertama pada jam 5.15 pagi dari Hyderabad ke Chennai.

Menurut polis, dia kemudian tidak dibenarkan untuk masuk ke penerbangan IndiGo yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada jam 10.15 pagi disebabkan lambat.

Bertengkar minta dibenarkan masuk sebelum beri ancaman bom palsu

Polis di lapangan terbang tersebut menyatakan individu itu kemudian bertengkar dengan kakitangan penerbangan berkenaan serta meminta agar dia dibenarkan untuk menaiki pesawat tersebut, lapor Times of India. Namun permintaannya itu ditolak oleh kakitangan terbabit.

“Penumpang berkenaan mengancam agar pesawat itu dihentikan dan menghubungi bilik kawalan polis untuk memaklumkan tentang bom dalam penerbangan 6E-6151 dan turut meminta agar pesawat itu dihentikan daripada terus berlepas,” kata polis di lapangan terbang itu, Inspektor R.

Sebaik sahaja mengetahui tentang ancaman berkenaan, Srinivas kemudian menghubungi penumpang itu serta memberitahu kepada pihak Jawatankuasa Penilaian Ancaman Bom di lapangan terbang berkenaan.

Mengaku buat ancaman palsu kerana kecewa tak dibenarkan lapor diri

Namun apabila disoal siasat oleh pihak polis, Bhadraiah mengakui telah membuat panggilan palsu berhubung bom tersebut.

“Dia membuat panggilan itu selepas kecewa gara-gara terlepas dua penerbangan dan sedih kerana tidak dapat untuk melaporkan diri,” kata V. Bhaskar, Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan Cyberabad kepada Times of India.

Pegawai itu menyatakan ancaman bom palsu berkenaan telah menyusahkan ramai penumpang di lapangan terbang dimana ia mencetuskan pemeriksaan keselamatan yang telah menyebabkan mereka lewat.

Bhadraiah kemudian ditahan serta didakwa atas tuduhan ugutan serta pelanggaran Akta Pesawat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.