fbpx
Now Reading
Bad Lab & Boon Siew Honda Racing Jalin Kerjasama Bangunkan Bakat Pelumba Generasi Baharu

Bad Lab & Boon Siew Honda Racing Jalin Kerjasama Bangunkan Bakat Pelumba Generasi Baharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Brave and Daring Laboratory (Bad Lab) baru-baru ini (22 Feb) telah melancar dan mengumumkan inisiatif kerjasama bersama Boon Siew Honda Racing Team untuk sukan permotoran.

Kempen tersebut yang dinamakan ‘MAN-GINEERED FOR POWER’ merupakan sebahagian dari misi Bad Lab dalam menyokong melahirkan bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar satu hari nanti dapat beraksi di arena antarabangsa.

Menurut Pengarah Komersil Bad Lab, Lum Chong Heng, keputusan untuk menjalin kerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team bukan sahaja satu keputusan strategik, namun ia begitu sejajar dengan misi Bad Lab untuk memperkasa generasi muda Malaysia agar berani dan tidak mudah menyerah kalah di dalam usaha merealisasikan impian.

“Ini adalah di antara peristiwa paling penting di dalam sejarah jenama Bad Lab sejak ia mula diperkenalkan kepada pasaran tempatan dan dunia pada tahun 2014. Sebagai sebuah kempen, MAN-GINEERED FOR POWER merupakan satu daripada strategi kami untuk menyokong serta membangunkan generasi baru pelumba Malaysia.  Selari dengan itu, Bad Lab akan menyediakan satu platform khusus agar mereka bukan sahaja dapat menampilkan bakat yang ada, malah dapat juga menimba pengalaman dan belajar dari pelumba-pelumba lain yang hebat dan lebih senior”.

Pengarah Komersil Bad Lab, Lum Chong Heng

Secara ringkasnya, Bad Lab, ialah sebuah jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia yang juga terkenal di pasaran dunia. Ia direka khususnya untuk lelaki bukan konvensional yang berani dan tidak mudah menyerah kalah.

Ciri-ciri ini menjadikannya jenama yang amat sesuai untuk jalinan kerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team, sebuah entiti di bawah Boon Siew Honda yang bertanggungjawab menguruskan divisyen sukan permotoran bagi syarikat gergasi yang mula ditubuhkan di Jepun.

Pengumuman ini dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama beberapa bulan di antara pihak-pihak untuk menentukan objektif kempen dan penajaan, serta mendalami peluang-peluang yang ada, samada dalam bentuk kreatif mahupun komersil.

Sebelum ini, Bad Lab juga telah melancarkan satu pertandingan kepada para pelanggannya serta menawarkan hadiah motosikal edisi terhad kepada pemenang.

Perkenalkan Barisan Pelumba BAD LAB KC HONDA RACING TEAM

Menerusi majlis sama, mereka turut memperkenalkan para pelumba yang bakal mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM yang terdiri dari anak muda berusia 16 hingga 25 tahun.

Barisan pelumba tersebut ialah:

  1. Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16 (Negeri Sembilan)
  2. Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25 (Selangor)
  3. Adib Hareez Bin Hazwat, 17 (Johor)
  4. Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17 (Johor)

Menurut Pengurus Boon Siew Honda Racing Team, Zulhelmi Ahmad pihaknya amat teruja dapat bekerjasama dengan Bad Lab untuk membentuk BAD LAB KC HONDA RACING TEAM.

“Bad Lab amat dikenali dengan inisiatif yang amat berkait rapat dengan trend serta genre budaya alternatif golongan muda, dan dalam proses ini, ia  telah berjaya merealisasikan impian audiens jenama hebat ini. Secara tidak langsung, ianya bertepatan sekali dengan slogan kami iaitu SEMANGAT IMPIAN”

“Keempat-empat pelumba yang dipilih untuk mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM adalah dari generasi muda Malaysia di bawah umur 25 tahun, berbakat besar di dalam sukan permotoran dan begitu bersemangat.

Jelasnya lagi, pemilihan ini benar-benar menunjukkan kredibiliti serta potensi tinggi yang ada dalam diri setiap dari mereka kerana ianya merupakan pemilihan khas oleh pihak Boon Siew Honda Racing Team sendiri.

“Jika mereka berusaha bersungguh-sungguh, tidak mustahil satu hari nanti mereka dapat muncul sebagai juara di dalam kategori mereka masing-masing.”

Turut ditampilkan buat kali pertama adalah sut lumba rasmi serta motosikal yang bakal digunakan para pelumba, kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu hitam dan keemasan. 

Para pelumba bagi BAD LAB KC HONDA RACING TEAM bakal beraksi buat kali pertama bermula pada 25 Februari 2023 di pusingan pertama edisi ke-30 Petronas Malaysian Cub Prix (2023), yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit.

“Kami punyai harapan yang tinggi buat pasukan ini serta keempat-empat pelumba yang diperkenalkan kepada semua pada hari ini. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah mesej yang cuba kami sampaikan bahawa dengan kerja keras, kesabaran serta semangat yang tidak luntur, tiada apa yang mustahil. Dan dengan Bad Lab sesiapa sahaja dapat tampil hebat dalam usaha mencapai impian mereka,” kata Lum Chong Heng.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.