fbpx
Now Reading
Bajet 2023: Kerajaan Bakal Perkenal Cukai Barangan Mewah & Duti Eksais Cecair Nikotin

Bajet 2023: Kerajaan Bakal Perkenal Cukai Barangan Mewah & Duti Eksais Cecair Nikotin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (24 Feb) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan Malaysia Madani 2023 buat pertama kali selepas kali terakhir berbuat demikian pada 16 tahun yang lalu.

Menerusi pembentangan tersebut, Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan kerajaan akan mula merkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.

Antara barangan terlibat adalah jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.

Selain itu kerajaan juga bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Jelas PM, tindakan mengawal selia dan mengenakan cukai ini dapat mengelakkan penggunaan vape.

“Walaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih 2 bilion ringgit. Alangkah baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.