Kuliah Ustaz Azhar Idrus Batal Kerana Tiada Tauliah Mengajar Agama – JAIS

Sejak semalam, 23 Feb, media sosial hangat memperkatakan mengenai pembatalan kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang sepatutnya berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada hujung minggu ini.

Berita tersebut yang dikongsikan pengendali media sosial rasmi UAI di Facebook dan Twitter mengejutkan orang ramai apabila beliau memaklumkan pembatalan itu adalah atas kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda,” tulis pengendali Facebook UAI.

Meskipun kuliah maghrib berkenaan akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan, Kuala Lumpur pada hari dan waktu yang sama, ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi memandangkan beliau sebelum ini sudah kerap memberi ceramah di negeri itu.

Tiada tauliah selepas buat semakan – JAIS

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pembatalan majlis tersebut kerana pendakwah terkenal itu tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di negeri ini.

Menurut Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, pengesahan itu berdasarkan hasil semakan yang dibuat pihaknya.

“Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)/ JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuatkuasa di Negeri Selangor.

“Semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Negeri Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

“Pihak masjid dan surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar diberikan mengikut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

9 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

9 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

11 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago