fbpx
Now Reading
Rider Foodpanda Daki Gunung Kinabalu Pakai Uniform, Siap Bawa Bag Delivery [Video]
rider foodpanda hantar makanan dekat gunung kinabalu

Rider Foodpanda Daki Gunung Kinabalu Pakai Uniform, Siap Bawa Bag Delivery [Video]

Menurut Nasir, dia pada hari itu tidak bekerja sebaliknya sengaja membawa beg dan baju Foodpanda ketika mendaki gunung untuk tujuan merakam gambar kenangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak adanya perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan, ramai yang telah mula menggunakannya untuk memudahkan urusan harian mereka.

Malah anda juga tidak perlu bersusah payah untuk beratur panjang atau membawa kenderaan untuk membeli barang kerana semua kini boleh diatur di hujung jari.

Rider Foodpanda hantar makanan di gunung Kinabalu

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Aameewa memaparkan aksi seorang rider Foodpanda bersama begnya sedang bergegas turun dari puncak Gunung Kinabalu.

Menerusi video tersebut, wanita itu secara berseloroh mengucapkan terima kasih kepada rider berkenaan kerana telah menghantar makanan segera dari Tawau ke puncak gunung tersebut.

“Terima kasih abang panda hantarkan MCD (McDonald’s) dari Tawau ke puncak Kinabalu,” katanya. Malah dia turut meminta orang ramai untuk mencari gerangan lelaki tersebut.

@aameewa

Laju lg dia lari. Kasi fyp ba smpai jumpa owner nt ak belanja starbucks bilang 🤣👍🏻

♬ Funny Song – Cavendish Music

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, terdapat seseorang yang berjaya menemukan akaun TikTok rider berkenaan dan Aameewa menyatakan bahawa lelaki yang dipercayai pakciknya itu telah membawa beg penghantaran tersebut dengan sendiri hingga sampai ke puncak gunung.

“Sekali dengan beg dan baju Foodpanda dia bawa ke puncak. Beg tu dia bawa sendiri yang dari bawah hingga ke puncak. Tahniah pak cikku,” katanya di dalam kapsyen.

@aameewa

Replying to @meewa ᥫ᭡ sekali dgn bag panda & full baju panda dia bawa ke puncak aki. Bag tu dia bawa sendiri lg ya dri bwh ke puncak. Tahniah pacikku 😍😍😍

♬ original sound – meewa ᥫ᭡ – meewa ᥫ᭡

Video tular sebenarnya sedang bergegas nak ‘check out’

Walau bagaimanapun, carian kami di TikTok mendapati rider tersebut tidak menghantar makanan ketika di puncak itu. Sebaliknya video tular dirakam ketika dia sedang bergegas untuk mendaftar keluar dari penginapannya.

Lelaki yang dikenali sebagai @nasirsabara94 turut berkongsi gambarnya yang memakai baju Foodpanda berserta beg dan juga bungkusan seperti makanan di sebuah papan tanda di puncak Gunung Kinabalu.

Tak hantar makanan tetapi mendaki gunung

Di ruangan komen Nasir sempat menjelaskan kepada orang ramai yang bertanya bahawa dia tidak menghantar makanan sebaliknya mendaki gunung terbabit.

“Tidak lah dik.. saya memang mendaki Gunung Kinabalu.. kebetulan saya juga rider.. jadi saya bawa la uniform (baju seragam) untuk bergambar-gambar,” kata rider Foodpanda itu.

Videonya tersebut bagaimanapun tular di TikTok dan mendapat perhatian ramai apabila ada yang seperti tidak percaya.

Ada juga yang bergurau senda dengan meneka berapakah harga cas penghantaran yang dikenakan memandang ia memerlukan usaha yang banyak kerana perlu mendaki gunung Kinabalu tersebut.

“Elok-elok bang, takut jatuh tergelongsor sampai kundasang pula nanti”

“Pesan air milo panas, sampai puncak sudah jadi milo ais”

“Kalau betul ni mungkin cas penghantaran RM500”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.