fbpx
Now Reading
Baru Berusia 16 Tahun, Atlet Muay Thai Negara Tumbangkan Lawan Dari Thailand Dalam Masa 16 Saat [Video]

Baru Berusia 16 Tahun, Atlet Muay Thai Negara Tumbangkan Lawan Dari Thailand Dalam Masa 16 Saat [Video]

Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo membuat debut luar biasa di ONE Championship apabila berjaya melakukan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peserta Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, 16, menciptakan penampilan sulung yang dasyat dalam siri ONE Championship apabila berjaya menumbangkan lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok pada Jumaat lalu (24 Februari).

Remaja kelahiran Sarawak itu hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ untuk keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padestuk Fairtex, dalam pusingan pertama.

Memerangkap lawan dengan aksi kombinasi pukulan bertubi-tubi

Difahamkan, dia melakukan aksi kombinasi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat sehingga pihak lawan tidak mampu meneruskan perlawanan.

Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo itu juga menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,000).

“Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi diri saya untuk membuat debut pada ONE Championship dan kemenangan pukulan KO tidak dijangkakan,” katanya kepada Bernama.

Tempoh latihan intensif selama sebulan setengah bagi kejohanan One Championship

Jojo yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap itu berkata, dia menjalani latihan intensif selama sebulan setengah bagi menghadapi pertandingan tersebut.

“Saya sentiasa mahu bertarung dalam kejohanan ini…maka berlatih dengan gigih untuk mencapai hasrat ini. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai jam 4 petang.

“Usaha keras selama ini berbaloi. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak, yang menjaga saya. Beliau adalah jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,” katanya.

Pernah muncul juara Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022

Terdahulu, Jojo dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan alet Rusia, Rustam Yunusob, bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18.

Fuh sungguh berbisa pukulan Jojo, apa-apa pun tahniah kami ucapkan atas kemenangan yang diperolehi.

Video

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.