fbpx
Now Reading
Kreatif Habis! Pasangan Suami Isteri Di AS Guna Najis Sendiri Jadi Bahan Api

Kreatif Habis! Pasangan Suami Isteri Di AS Guna Najis Sendiri Jadi Bahan Api

Najis mereka tidak akan dibuang dalam pembetung atau tangki septik, sebaliknya masuk ke dalam ‘beg hitam besar’ yang mengomposnya dengan lebih cepat dan menghasilkan gas metana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa saja yang pernah terfikir untuk mengitar semula najis sendiri untuk dijadikan sesuatu barangan yang boleh digunakan semula.

Namun itulah yang dilakukan sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat (AS) ini apabila menukarkan najis mereka sendiri menjadi bahan api.

Bahan api digunakan untuk memasak dan memanaskan rumah

Menurut laporan Kosmo yang memetik Daily Star, bahan api itu digunakan oleh pasangan terbabit untuk memasak makanan dan memanaskan rumah mereka di musim sejuk.

Segalanya bermula apabila pasangan yang dikenali sebagai Jennifer dan Christopher Pelayo itu membeli sebuah rumah ladang yang tidak mempunyai kuasa elektrik sehingga mereka terpaksa melakukan pengubahsuaian sendiri.

Pasangan berusia 34 tahun itu menetap di rumah pokok serba lengkap di dalam hutan terpencil seluas 10 hektar di luar bandar Carolina Utara.

Difahamkan, mereka ingin menjadikan kediaman itu serba lengkap namun masalah utama yang dihadapi adalah tandas yang tidak tersedia.

Bina sendiri tandas dan tukar najis menjadi tenaga

Selepas melakukan penelitian, mereka kemudiannya membina sendiri tandas yang boleh menukarkan najis kepada tenaga dan menjana kuasa di rumah mereka.

“Kami mahu rumah pokok ini menjadi binaan mapan 100%. Apabila menyelidik, kami menemui sistem Home BioGas dan ia sesuai dengan apa yang kami cari,” kata Jennifer.

Berdasarkan sistem itu, najis mereka tidak akan dibuang dalam pembetung atau tangki septik, sebaliknya masuk ke dalam ‘beg hitam besar’ yang mengomposnya dengan lebih cepat.

Proses penghasilan gas metana daripada najis

Untuk info, proses yang dilakukan itu akan menghasilkan gas metana yang bakal digunakan untuk memanaskan rumah, air dan periuk elektrik.

Keadah itu juga akan menghasilkan baja organik yang boleh digunakan untuk tanah ladang dan tanaman yang lain.

Jelas Jennifer, sistem itu memakan belanja sekitar £1,249 (RM6,664) hingga £2,082 (RM11,119) untuk disiapkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.