fbpx
Now Reading
“Sakit Dapat, Malu Dapat” – Mat Rempit Kena ‘Bahan’, Tergolek Atas Jalan Gara-gara Nak Payung Wheelie [Video]

“Sakit Dapat, Malu Dapat” – Mat Rempit Kena ‘Bahan’, Tergolek Atas Jalan Gara-gara Nak Payung Wheelie [Video]

Berdasarkan video tersebut, penunggang terbabit dilihat gagal mengawal motosikalnya ketika melakukan aksi wheelie menyebabkan dia jatuh di atas jalan raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tabiat memandu kereta atau menunggang motosikal secara berbahaya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, malah sehingga hari ini perkara tersebut masih lagi berlaku.

Tidak hanya itu, sebahagian penunggang dan pemandu juga gemar menunjukkan skill ‘berani mati’ mereka di jalanan sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Penunggang motosikal jatuh selepas buat aksi bahaya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang penunggang motosikal jenis kapcai menerima padah apabila dia terjatuh ketika melakukan aksi bahaya di hadapan sebuah persimpangan lampu isyarat jalan di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @m_riyazudin, kelihatan deretan motosikal sedang menunggu lampu isyarat berwarna hijau.

Pada masa sama, kebanyakan motosikal yang berada di situ juga dilihat membuat bising dengan membunyikan ekzos dengan kuat sambil disorak oleh orang ramai yang berkumpul di sekitar kawasan tepi jalan.

Lelaki buat wheelie dan hilang kawalan

Bagaimanapun, ketika lampu isyarat berwarna hijau, seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y150 secara tiba-tiba melakukan aksi ‘wheelie’ yang membahayakan.

Namun nasib tidak menyebelahi lelaki itu apabila aksinya tidak menjadi di mana dia gagal mengawal jenteranya hingga menyebabkan dia jatuh tergolek bersama motosikalnya di hadapan orang ramai.

Orang ramai pakat bersorak dan ketawa kepadanya

Insiden tersebut menyebabkan orang ramai yang berada di sekeliling bersorak dan mentertawakannya.

Pada video sama, kelihatan dia kembali mengangkat motosikalnya dan terus beredar daripada kawasan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut mengatakan insiden yang terjadi itu sebagai sesuatu yang memalukan selain mereka juga memerli penunggang terbabit.

“Dengan cerita last dia duduk KL malam tu”

“Muka nak letak mana?”

“The real KL Menjerit”

“Sakit 2 hari dah hilang, tapi malu 2 tahun”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.