Dr Malar Kongsi 4 Cara ‘Defrost’ Bahan Mentah Agar Tidak Berlaku Keracunan Makanan [Video]

Sebagai seorang suri rumah dan juga ibu sudah tentu kita mahukan seisi keluarga makan makanan dari sumber yang bersih serta sihat.

Oleh itu, ramai para wanita dan ibu di luar sana memilih untuk memasak makanan mereka sendiri untuk dihidangkan kepada keluarga kerana yakin ia adalah bersih dan selamat untuk dimakan oleh ahli keluarga.

Namun, tahukan anda cara yang salah semasa menyahbeku bahan mentah seperti ayam atau daging boleh menyebabkan keluarga anda mengalami keracunan makanan?

Dr Malar kongsi bagaimana masakan di rumah boleh menyebabkan keracunan makanan

Perkara ini telah dikongsikan oleh pengamal perubatan terkenal iaitu Dr Malar yang sering berkongsi tips kesihatan menerusi media sosialnya seperti di TikTok.

Menurut Dr Malar, apabila meletakkan bahan mentah di dalam sinki atau di bawah air yang mengalir terlalu lama ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Daging atau ayam yang lembut apabila berada di luar dalam suhu bilik terutamanya lebih dari 4 jam ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Ini kerana ayam (bahan mentah) itu menjadi tempat bagi kuman dan bakteria membiak di situ (bahan mentah).

“Kuman yang sering membiak pada bahan tersebut adalah seperti salmonella, staphylococcus, ecoli dan sebagainya,” kata Dr Malar.

Biar ayam atau daging pada suhu bilik terlalu lama jadi punca keracuanan

Jelasnya, perkara ini adalah sebab atau punca utama kenapa keracunan makanan berlaku meskipun mereka memakan makanan di rumah.

“Terutamanya jika anda pelik kenapa anak cirit-birit sedangkan tidak makan atau beli dari luar dan memang makan makanan yang dimasak sendiri di rumah.

“Apa yang anda makan yang itulah anak makan namun anda tidak tahu mengapa mereka cirit-birit.

Ini kerana, mereka mungkin makan pada bahagian yang warna merahnya seperti sedikit berbeza serta terlalu lama di luar sehingga ada kuman yang membiak di situ,” jelasnya.

Ujarnya meskipun ia sudah dimasak dan mencapai tahap suhu 100 darjah celcius namun tidak semua kuman akan mati pada suhu tersebut.

Cara untuk menyahbeku bahan mentah dengan baik dan selamat

Oleh itu, Dr Malar turut berkongsi beberapa cara untuk menyahbeku bahan mentah seperti daging atau ayam dengan baik agar senang dimasak dan selamat untuk dimakan iaitu:

  • Gunakan Microwave dengan masukkan bahan mentah dan tekan pada butang menyahbeku atau ‘defrost’.
  • Turunkan ayam dari bahagian beku ke bahagian ‘chiller’ atau tidak beku malam sebelum atau 12 jam sebelum dimasak.
  • Letak dibawah air yang mengalir letak garam dan cuka sedikit untuk mempercepatkan proses.
  • Ada juga segelintir masyarakat menggunakan papan khas untuk menyahbeku bahan mentah dengan cepat yang kini tular di media sosial.

Tidak kisah mana-mana cara atau teknik yang memudahkan anda namun apa yang penting jangan biarkan ayam mahupun daging terlampau lama diluar terutama lebih dari 4 jam pada suhu bilik atau dalam keadaan yang panas.

@drmalarss

Kepada #teamMakMak di luar sana, please defrost ayam cara betul. Dah banyak sangat kes keracunan makanan lately ni 😩😩#celotehdrmalar #fypシ #fyp #defrost #defrosttiktok

♬ original sound – Celoteh Dr Malar – Celoteh Dr Malar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

1 hour ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago