fbpx
Now Reading
Ramai Tak Setuju Tindakan Warga Asing Kenakan Caj RM10 Untuk ‘Parking’ Berhampiran Zoo Negara [Video]

Ramai Tak Setuju Tindakan Warga Asing Kenakan Caj RM10 Untuk ‘Parking’ Berhampiran Zoo Negara [Video]

Jelas lelaki itu, kenderaan yang ingin menunggu di tepi jalan juga tidak dibenarkan, namun dibolehkan untuk parkir dengan caj bayaran akan dikenakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, sesetengah kawasan parkir terbuka akan dikenakan caj, hal ini kerana tanah tersebut adalah milik pihak tertentu mahupun syarikat.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengenakan caj parking kepada orang awam di kawasan yang tidak sepatutnya.

Kena caj RM10 untuk parking di bahu jalan

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa ada individu yang mengenakan caj RM10 untuk memarkir di bahu Jalan Taman Zooview, Ampang, Selangor bersebelahan Zoo Negara.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @mrredzul, kelihatan dua warga asing sedang meminta bayaran kepada lelaki terbabit yang meletakkan kenderaannya di sekitar bahu jalan kawasan tersebut.

“10 ringgit bang eh? Parking tepi jalan besar macam ni,” kata lelaki itu.

Pada video sama, kelihatan kawasan yang dikenakan caj parking tersebut tidak mempunyai kotak khas parkir kenderaan.

Tunggu tepi jalan tak boleh, tapi parking boleh?

Jelas pemilik video itu lagi, kenderaan yang ingin menunggu di tepi jalan juga tidak dibenarkan, namun dibolehkan untuk parkir dengan caj bayaran akan dikenakan.

Lebih mengejutkan individu tersebut mendakwa lelaki warga asing itu berbuat demikian atas arahan Zoo Negara.

Mohon pihak berwajib siasat dan ambil tindakan

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, mrredzuan meminta agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyiasat isu tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

Kami akan cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak Zoo Negara mengenai isu tular ini. Sebarang infomasi yang diperolehi akan kami kemaskini di dalam artikel ini.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut tidak bersetuju dengan caj yang dikenakan untuk parkir di bahu jalan selain meminta agar pihak berwajib menyiasat isu ini.

“Panggil SPRM baru dapat siapa dalangnya”

“Boleh tahan harga”

“Biar betul, kena siasat tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.