fbpx
Now Reading
Keluarga Berdepan Detik Cemas, Siling Rumah Runtuh Gara-Gara Hujan Lebat [Video]

Keluarga Berdepan Detik Cemas, Siling Rumah Runtuh Gara-Gara Hujan Lebat [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang wanita berusia sempat menyelamatkan diri di saat siling rumah berkenaan sedang runtuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (1 Mac), tular satu video di media sosial yang memaparkan situasi cemas satu keluarga apabila siling rumah yang diduduki tiba-tiba runtuh.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @qilskye, wanita itu berkongsi saat-saat cemas yang dihadapi mereka sekeluarga semasa kejadian.

Kesan retak siling semakin memanjang

Pada awalnya, plaster siling yang berada di ruang tamu rumah itu kelihatan sedikit retak, namun kesan itu semakin merebak ke lebih banyak bahagian.

Menurut pemilik video, situasi tersebut berlaku akibat daripada hujan lebat yang berterusan yang mengakibatkan siling tersebut menjadi berat.

“Sekarang ni tengah hujan lebat, kitorang tengah duduk lepak-lepak kat sini. Sekarang ni siling rumah mama dah pecah sebab berat,” katanya dalam video.

Satu keluarga bergerak ke kawasan lebih selamat dalam rumah

Seakan tahu bahawa siling tersebut ingin runtuh, kesemua ahli keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan berpindah ke kawasan selamat di dalam rumah berkenaan.

Pada video sama, kedengaran suara wanita lain yang mengarahkan seseorang untuk menutup elekrtik di rumah berkenaan.

Susulan itu, terlihat seorang wanita yang sedikit berusia sedang memberanikan diri dengan menutup segala suis di bahagian ruang tamu dan menyelamatkan ‘stand fan’ yang ada di kawasan tersebut.

Wanita berusia sempat selamatkan diri di saat siling mula runtuh

Nasib menyebelahi wanita berusia itu, apabila dia sempat lari menyelamatkan diri di saat siling berkenaan sudah mulai runtuh sepenuhnya dan situasi menjadi semakin cemas.

@qilskye

Allahuakbar, still shock to witness all of this scary chaos 😰

♬ original sound – Qils – Qils

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial, turut berasa cemas melihat situasi tersebut selain mendoakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudah.

Selain itu, segelintir netizen turut mendakwa pemasangan plaster siling tersebut dibuat tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan menyebabkan ia tidak kukuh dan mudah runtuh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.