“Semua Pandai-pandai” – Sekumpulan Kanak-Kanak Bijak Jawab ‘Kuiz Agama’ Buat Ramai Kagum [Video]

Tidak dinafikan mendidik anak mengenali agama Islam perlulah bermula di saat mereka masih kecil agar mudah untuk mereka mempraktikkannya di dalam kehidupan harian.

Malah bukan hanya ajaran, kita juga perlu menceritakan tentang sirah-sirah agama Islam supaya mereka mengenali dan menghargai perjuangan para nabi dan sahabatnya dalam menyampaikan agama Islam.

Kanak-kanak dapat jawab quiz agama undang perhatian

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan di TikTok oleh Nur Faseha Tarmizi yang juga seorang guru tuisyen memaparkan sekumpulan kanak-kanak yang baru sahaja selesai mengaji sedang menjawab kuiz agama dengan baik sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa kanak-kanak yang dipercayai anak kepada Nur Faseha dan juga anak muridnya menjawab soalan agama dan sirah yang ditanya oleh wanita berkenaan.

Malah terpapar wajah gembira setiap dari mereka sebaik sahaja dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.

“Siapakah yang yang digelar pedang Allah?” tanya wanita itu, sebelum seorang dari kanak-kanak perempuan itu menjawab, “Khalid Al-Walid”

Pelajar seterusnya kemudian ditanya apakah azab paling ringan di dalam neraka dan jawabnya adalah duduk di tepi pantai neraka dan memakai selipar bara api (hingga otak menggelegak).

Tidak ada seorang pun yang tidak dapat jawab soalan

@nurfasehatarmizi

Rutin setiap hari isnin hingga khamis, kuiz sirah/tajwid selepas kelas mengaji bersama anak2+ anak2 murid. Online & bersemuka rm20 sebulan iqra’, rm30 sebulan Al-Quran. Boleh whatsapp saya 0176630610

♬ original sound – Faseha – Faseha

Apa yang lebih mengagumkan, tiada seorang pun dari mereka yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dan semuanya dijawab dengan betul.

Di ruangan komen ada yang bertanya guru berkenaan bagaimanakah cara mengajar mereka. Wanita itu kemudian berkata dua orang anaknya itu sentiasa dibaca tentang sirah sebelum tidur.

Manakala bagi anak-anak muridnya pula akan diceritakan tentang sirah selepas mereka selesai kelas tajwid.

Melihat di ruangan komen ramai yang kagum dengan kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berkenaan selain memuji quiz seperti itu membantu mereka untuk lebih bersemangat dalam mendalami ilmu agama.

“Ya Allah bijak semua, semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT”

“Baguslah kuiz macam ni jadi semangat budak-budak belajar ilmu agama”

“MashaAllah hebatnya semua, acik pun tahu beberapa je jawapannya”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago