fbpx
Now Reading
Lelaki Sanggup Redah Arus Deras Demi Hantar Makanan Buat Mangsa Banjir Di Johor [Video]

Lelaki Sanggup Redah Arus Deras Demi Hantar Makanan Buat Mangsa Banjir Di Johor [Video]

Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit kelihatan menggunakan sepenuh tenaganya untuk berpaut pada tali demi mengharungi arus yang deras itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, negara di saat ini sedang menghadapi situasi bencana banjir apabila enam negeri di Malaysia terjejas akibat hujan lebat yang berterusan sejak semalam (1 Mac).

Susulan itu, pelbagai pihak dan jabatan sudah mula mengerakkan aset-aset yang dimiliki mereka bagi membantu mangsa banjir yang terkandas.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Terkandas Akibat Banjir, Pemandu JKM Sujud Syukur Atas Bumbung Kereta Ketika Diselamatkan [Video]

Lelaki sanggup ambil risiko redah arus demi hulur bantuan makanan

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan berani seorang lelaki sanggup mengambil risiko meredah arus banjir yang deras demi menghulurkan bekalan makanan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @zurainiswarno, lelaki yang dikenali sebagai Abang Salleh itu sedang berpaut pada tali untuk melintasi arus deras bagi menghantar bantuan tersebut.

“Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu utk bg bantuan makanan org2 kat PPS. Dari air parat betis sampai dah paras pinggang. Arus kuat sangat.”

Pemilik video TikTok, zurainiswarno

Dalam video sama, turut kelihatan beberapa orang mangsa banjir sedang berusaha membantu lelaki berjiwa besar itu dengan memegang hujung tali agar tidak terlepas.

@zurainiswarno

Unsung Hero Abg Salleh . Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu utk bg bantuan makanan org2 kat PPS . Dari air parat betis sampai dah paras pinggang . Arus kuat sangat 😭 Allaahhuuu 😭 #Chaahbanjir #KgJawaBaruChaah #banjir2023 #johordarultakzim🔴🔵

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah di Segamat.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji keberanian Abang Salleh serta menitipkan doa agar lelaki itu dan mangsa banjir yang lain sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.

“Semoga dipermudahkan semuanya”

“Ya Allah takut ya tengok”

“Respect bro, the real hero”

Jumlah mangsa banjir terus meningkat

Untuk info, mangsa banjir di lima negeri terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah 34,911 orang ditempatkan di 278 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12.40 tengah hari ini (3 Mac).

Johor pula antara negeri yang paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 31,808 orang daripada 8,931 keluarga, lapor Harian Metro.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.