fbpx
Now Reading
Julie’s Biscuits Perkenal Biskut Charm Inspirasi Dari Pencuci Mulut
Julie's biskut Charm

Julie’s Biscuits Perkenal Biskut Charm Inspirasi Dari Pencuci Mulut

Biskut Charm yang diperkenalkan oleh Julie’s Biscuits ini diinspirasikan daripada pencuci mulut dan mengambil masa lima tahun untuk dicipta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercakap tentang pencuci mulut, sudah tentu ada di antara kita yang membayangkan seperti kek, puding dan juga biskut sebagai pilihan manisan.

Rasa pencuci mulut yang manis dan enak dimakan khususnya ketika berbual bersama rakan atau keluarga membuatkan momen bersama menjadi lebih indah.

Julie’s perkenal biskut Charm yang diinspirasikan dari pencuci mulut

Foto: Afifa/BuzzKini

Samalah seperti apa yang dirasai oleh kami sebaik sahaja melangkah ke majlis pelancaran yang diadakan oleh Julie’s pada 3 Mac untuk memperkenalkan rangkaian biskut baharu yang dikenali sebagai Charm.

Biskut yang diinspirasikan dari pencuci mulut ini mengambil masa hampir lima tahun untuk dicipta bagi memberikan rasa pencuci mulut yang terkenal serta klasik, namun ia dihasilkan di dalam bentuk biskut yang mudah dimakan.

Charm juga boleh didapati dengan dua perasa iaitu Double Chocolate dan juga Tiramisu.

Sentiasa tampil dengan kelainan sejak penjenamaan semula Julie’s

Menurut Pengarah Julie’s Biscuits, Tzy Horng Sai, sejak penjenamaan semula syarikat berkenaan pada tahun 2020 mereka sentiasa mengambil pendekatan yang berbeza bagi memperkenalkan produk di pasaran.

“Jenama Julie’s adalah sinonim dengan biskut yang berkualiti di kalangan pengguna. Dengan rangkaian biskut baharu ini, kami bukan sahaja ingin memperkenalkan produk yang lazat dan berkualiti, tetapi boleh memberi inspirasi positif terhadap pengguna.

“Idea di sebalik Charm adalah untuk mewujudkan produk yang orang ramai boleh nikmati sebagai cara memanjakan diri. Dengan produk ini, kami ingin mengingatkan pengguna untuk membenarkan diri mereka menikmati Charm sebagai salah satu cara menunjukkan ‘self-love’,” katanya.

Berharap Charm mampu memberikan impak positif kepada pengguna

Jelasnya, beliau berharap agar Charm dapat memberikan dorongan kepada mencintai diri sendiri agar ia boleh memberikan impak positif kepada sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Apa yang lebih menarik, Charm dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti selain dipilih dengan penuh teliti sebaik sahaja penyelidikan dilakukan selama bertahun-tahun demi memastikan ia sedap dan berkualti.

Tampilkan dua perisa yang menjadi kegemaran ramai dan unik

Foto: Afifa/Buzzkini

Perisa Double Chocolate merupakan perisa yang terkenal dan sering menjadi pilihan orang ramai. Malah teksturnya yang berkrim membuatkan biskut tersebut cair di dalam mulut ketika dimakan.

Manakala perisa Tiramisu pula ia memberikan keunikan kerana perisa ini sukar dijumpai di pasaran dalam bentuk biskut. Ini membuatkan ia satu pilihan yang menarik kepada mereka yang mahukan kelainan.

Bukan itu sahaja, biskut ini turut dibungkus dalam pek mudah-alih yang di dalamnya terdapat sebanyak lapan bungkus pek kecil dan setiap satu pek berisi dua kepingan biskut.

Oleh itu, anda boleh menikmati Charm sebagai snek persendirian, atau diminum dengan kopi atau teh dan juga boleh dijadikan bahan untuk membuat kek.

Biskut ini juga sesuai dimakan pada bila-bila masa malah boleh juga digunakan sebagai pengalas perut dan pencuci mulut selepas anda menikmati hidangan utama.

Pengguna boleh menikmati pengalaman ekslusif pada 4 & 5 Mac ini

Bagi meraikan pelancaran biskut Charm, Julie’s telah menganjurkan pengalaman ekslusif khas buat penggunanya di APW Bangsar pada 4 Mac hingga 5 Mac ini di mana anda berpeluang untuk menikmati acara ekslusif yang dipanggil Me,Myself and Charm.

Acara ini akan memberi anda peluang untuk memanjakan diri dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Bukan itu sahaja, para tetamu juga berpeluang untuk memberi fokus kepada diri mereka selain boleh menikmati aktiviti yang dianjurkan seperti membuat lilin di Charm Sensory Lab. Setiap lilin yang disediakan akan menampilkan aroma yang diilhamkan dari rangkaian biskut baru Julie’s.

Foto: Afifa/BuzzKini

Anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti lain seperti mengambil gambar pada dinding foto kreatif dan para tetamu akan pulang dengan sebuah cenderahati iaitu sudu teh yang akan diukur khas untuk mereka.

Pembelian biskut Charm boleh dilakukan atas talian atau di kedai fizikal

Kepada pengguna yang ingin membeli biskut Charm terdapat beberapa cara antaranya pembelian terus dalam talian dari kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada, pembelian di kedai serbaneka, dan juga pasar raya berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan terkini Julie’s seperti promosi, praduan dan aktiviti yang dianjurkan anda boleh melawati di laman rasmi atau ikuti Facebook dan Instagram Julie’s.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.