fbpx
Now Reading
2 Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan
Ceramah ustaz wadi dibatalkan

2 Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan

Walau bagaimanapun, menurut Ustaz Wadi ceramah yang bertempat di Putrajaya serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12,13 dan 14 Mac diteruskan seperti biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, Ustaz Wadi Annuar memaklumkan tentang dua ceramahnya pada 10 dan 11 Mac bertempat di Negeri Selangor telah dibatalkan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penceramah bebas tersebut di Facebook, dua ceramah yang dimaksudkan adalah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (10 Mac) dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor (11 Mac).

3 lagi ceramah di Putrajaya & KL berjalan seperti biasa

Manakala tiga lagi ceramah yang dijadualkan pada 12, 13 dan 14 Mac di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjalan seperti biasa.

Dia dalam masa sama turut menyatakan segala kesulitan amat dikesali.

“Segala kesulitan amat dikesali. Semoga Allah memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” katanya.

Berdasarkan tinjauan kami, pihak Ustaz Wadi tidak menyatakan punca mengapa ceramah dia dua tempat itu dibatalkan.

Menerusi semakan kami, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung pembatalan kuliah ceramah tersebut.

Sebelum ini, ceramah UAI dibatalkan kerana tiada tauliah di Selangor

Terdahulu kuliah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga telah dibatalkan di Selangor disebabkan beliau tidak memiliki tauliah mengajar agama Islam di negeri berkenaan.

Menurut Jabatan Agama Islam (JAIS), setiap individu yang ingin mengajar berkaitan agama Islam perlu mematahu undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersedih dengan pengumuman berita tersebut dan menyatakan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

“Saya doakan satu hari ustaz dapat berhimpun menyampaikan ilmu di Bukit Jalil”

“Subhanallah, semoga Allah permudahkan segala urusan ustaz”

“Orang selangor jangan susah hati, ustaz ada banyak media sosial. Semiga dipermudahkan semuanya”

“Orang Selangor boleh turun dengar ceramah ustaz dekat KL. Kita kan berjiran…”

Baca artikel berkaitan: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Batal Kerana Tiada Tauliah Mengajar Agama – JAIS

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.