fbpx
Now Reading
Aksi Gajah Liar Di Thailand Tahan Setiap Lori Untuk Ambil Tebu Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Aksi Gajah Liar Di Thailand Tahan Setiap Lori Untuk Ambil Tebu Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Berdasarkan video tersebut, gajah terbabit hanya menahan lori yang membawa barangan seperti makanan yang boleh dimakan olehnya sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Negara Thailand cukup sinonim dengan gajah. Lambakan gajah di negara itu menyebabkan anda boleh melihat kelibat haiwan itu sering berkeliaran dan melintasi kawasan jalan terutamanya di kawasan berhutan dan kampung.

Seperti baru-baru ini, tular satu rakaman yang memaparkan telatah seekor gajah yang menahan setiap lori yang melalui kawasan tersebut.

Gajah berdiri tepi jalan tunggu kenderaan lalu

Menerusi hantaran video yang di muat naik di laman akaun TikTok @colouroflifevn, kelihatan seekor gajah dewasa sedang berdiri di bahu jalan sebuah kawasan di Thailand sambil menunggu kehadiran kenderaan yang melintasi.

Dipercayai kawasan tersebut sememangnya dipenuhi dengan gajah liar kerana terdapat papan kenyataan yang tertulis “Awas Gajah Melintas”.

Dalam video sama, kelihatan gajah tersebut hanya menahan lori yang membawa barangan seperti makanan yang boleh dimakan olehnya sahaja.

Gajah tahan lori bawa tebu untuk diambil sedikit buat makanan

Hal ini kerana kelihatan gajah yang dipercayai sedang lapar itu menahan setiap lori yang membawa tebu sebelum mengambilnya dan membiarkan kenderaan berat itu berlalu pergi.

Lebih menarik lagi apabila setiap lori yang melalui kawasan tersebut juga seakan sudah memahami dan akan berhenti untuk membiarkan gajah tersebut mengambil tebu yang dibawa.

Video berdurasi hampir 2 minit itu ternyata meraih perhatian ramai orang daripada pelbagai negara termasuk Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada mereka memuji tindakan para pemandu lori yang memahami keinginan gajah lair tersebut dan sanggup berhenti untuk biarkan haiwan tersebut mengambil sedikit makanan yang dibawa.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut berseloroh dengan mengatakan perbuatan tersebut seolah-olah sedang membayar cukai atau upah tol.

“Cuma minta makanan, terima kasih abang pemandu telah bagi”

“Perlu membayar cukai”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.