“Dari Ibu Untuk Ibu”- Dapat Info Peti Simpan Susu Di Hospital Rosak, Wanita Bergegas Sumbang Peti Sejuk Baru [Video]
Menurut Nad Masrom, pasukkannya tidak berlengah sebaik sahaja menerima maklumat tentang kerosakkan peti sejuk di wad ICU Paedatrik itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Susu ibu merupakan sesuatu perkara yang sangat berharga buat bayi kerana ia mempunyai nutrisi yang lengkap selain memiliki manfaat yang bagus kepada si manja.
Oleh itu, para ibu yang sedang menyusukan bayi pasti berusaha agar mereka dapat membekalkan susu yang cukup kepada si manja.
Malah jika berlaku sesuatu seperti susu yang dihasilkan sedikit atau pun rosak ia boleh membuatkan si ibu berasa tertekan sehingga menangis kerana bimbang anak tidak mendapat nutrisi yang cukup.
Wanita beri sumbangan peti sejuk kepada wad ICU Paedatrik di Hospital
Baru-baru ini, tular satu video di Instagram memaparkan seorang wanita, Nad Masrom memberi sumbangan peti sejuk kepada unit ICU sebuah hospital selepas mendapat info berlaku kerosakan pada ruangan penyimpanan susu.
Menerusi video tersebut, Nad Masrom yang merupakan seorang kaunselor laktasi dan juga usahawan menyatakan dia mendapat maklumat tentang kerosakan peti ais di wad ICU Paedatrik (wad kanak-kanak), Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu.
Tanpa berlengah dia bersama pasukannya terus menghantar sumbangan dengan memberikan sebuah peti ais baru di wad tersebut agar dapat memudahkan proses penyimpanan susu ibu.
Ini kerana susu ibu perlu disimpan di tempat yang sejuk dan beku supaya tidak rosak dan bertahan lama.
Kelihatan jururawat gembira sebaik sahaja peti sejuk dipasangkan
Turut kelihatan rekasi petugas hospital yang begitu gembira sebaik sahaja peti sejuk itu dipasang sebelum mereka mengisinya dengan stok susu-susu ibu yang ada di situ.
“Atas sokongan semua, kami dapat sumbangkan peti sejuk untuk bayi-bayi di ICU di sana (hospital),” kata Nad Masrom di dalam video.
Ucap terima kasih kepada pelanggan yang banyak beri sokongan
Melihat di ruangan kapsyen, Nad Masrom mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada perniagaan yang diusahakan iaitu Numom Malaysia.
“Salah satu matlamat kami di Numom adalah untuk beri manfaat kepada ummah. Dan kami bersyukur, kami dirujuk dalam keadaan seperti ini untuk membantu ibu-ibu dan bayi menyusu di hospital.
“Jika tiada ibu-ibu menyusu yang menyokong kami, maka terbataslah usaha kami untuk memberi manfaat kepada lebih ramai ibu menyusu,” ujarnya dan menyatakan semua ini dengan keizinan Allah.
Dia dalam masa sama turut berharap agar urusan para bayi yang berada di wad tersebut di permudahkan kerana arwah anak pertamanya juga merupakan pejuang di wad ICU sebelum ini.
Meninjau di ruangan komen, ramai wanita yang sebak melihat kesungguhan usahawan itu untuk memudahkan bayi-bayi di wad itu mendapatkan susu yang baik dan berkualiti dari ibu mereka.
Malah ramai yang turut memuji usahanya dan mendoakan agar usaha murni wanita ini mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.