fbpx
Now Reading
Ekspresi Kreativiti Anda Bersama Samsung Galaxy Space Di APW Bangsar
Samsung Galaxy Space

Ekspresi Kreativiti Anda Bersama Samsung Galaxy Space Di APW Bangsar

Antara pengalaman yang boleh dirasai oleh pengunjung adalah merakamkan gambar atau video ketika melalui zon The Alley yang dipenuhi dengan cahaya neon.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan kepada anda Samsung Galaxy Space di APW Bangsar mulai 3 Mac hingga 12 Mac 2023 ini.

Jika anda merupakan seseorang yang mementingkan kreativiti, budaya dan juga teknologi hebat Samsung Galaxy Space merupakan tempat yang bersesuaian untuk anda berkarya.

Menurut Presiden Samsung Malaysia Elektronics, Denny Kim jenama tersebut komited dalam mencari cara untuk mencetus dan memperkasakan kreativiti dalam pelbagai bentuk.

“Dengan Galaxy Space, kami berbangga untuk menyediakan platform yang unik kepada belia bagi menyemarakkan lagi kreativiti mereka dengan meneroka ‘Nightography’ dengan siri Galaxy S23 terkini,” katanya.

Rasai pengalaman di 4 zon menarik Galaxy Space & tebus kopi percuma

Malah pengunjung dapat merasai pengalaman yang mengasyikkan di Galaxy Space apabila berpeluang untuk merasai kehebatan Nightography dengan menggunakan Samsung Galaxy S23.

Pengunjung juga boleh berkongsi gambar mereka dengan menggunakan #ShareTheEpic dan #Send2MeLah apabila melawat ke empat zon berbeza di Galaxy Space iaitu The Alley, The Ballie, The Escape dan Splash Art.

  • The Alley – Pengunjung boleh bersiar-siar sambil bergambar di laluan bercaya neon.
  • The Ballie – Rakamkan foto anda ketika berada di dalam timbunan bola yang mengimbau zaman kanak-kanak.
  • The Escape – Membawa pengunjung menikmati pemandangan waktu malam di Kuala Lumpur
  • Splash Art – Serlahkan kreativiti dan bakat melukis anda di dinding yang disediakan.

Bukan hanya dapat merasai pengalaman yang menarik pengunjung juga boleh menebus secawan kopi percuma sebaik sahaja selesai melawat keempat-empat zon dengan mengumpulkan setem di setiap checkpoint.

Melawat Pigmin Market & melakukan pelbagai aktiviti disediakan

Samsung Malaysia turut berkolaborasi bersama Pigmin Market yang menampilkan vendor-vendor tempatan dengan menjual makanan dan juga kraftangan di mana pengunjung boleh mempersembahkan kretiviti mereka dengan menyertai pelbagai bengkel yang disediakan ketika berkunjung ke Galaxy Space.

Selain itu, anda juga akan disajikan dengan aktiviti lain seperti Busker Jamming, pertandingan tarian K-Pop dan lain-lain.

Mereka yang berkunjung pada Sabtu (4 Mac) lalu turut berpeluang bertemu serta beramah mesra bersama Cosplayer terkenal dari Sarawak iaitu Hakken.

Berpeluang untuk tebus RM20 Touch ‘n Go eWallet

Apa yang lebih menarik, pengunjung juga boleh menebus RM20 Touch ‘n Go eWallet credit dengan mendaftar di link atau mengimbas kod QR yang di sediakan di hadapan kaunter Galaxy Space.

Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Samsung Galaxy Space berikut adalah jadual waktu operasi:

  • 4 – 12 Mac 2023 – 12pm hingga 10pm (Jumaat hingga Ahad), 2pm hingga 10pm (Isnin hingga Khamis).

Untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini anda boleh berkunjung ke laman media sosial Samsung Malaysia seperti di Facebook dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.