fbpx
Now Reading
Nak Sebut Pusat Pemindahan Tapi Tersasul Sebut Pusat Pemulihan, Aksi Pakcik Ini Buat Ramai Terhibur [Video]
bapa tersalah cakap buat ramai terhibur

Nak Sebut Pusat Pemindahan Tapi Tersasul Sebut Pusat Pemulihan, Aksi Pakcik Ini Buat Ramai Terhibur [Video]

Bapa kepada Teacher Husna sebenarnya ingin memaklumkan bahawa dia berada di Pusat Pemindahan Sementara namun tersilap dan berkata di pusat pemulihan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cuaca yang sering hujan di kebanyakan kawasan sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir.

Antara kawasan yang terjejas adalah di Melaka, Pahang, dan juga Johor. Situasi ini menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Meskipun banjir merupakan salah satu bencana buruk namun situasi ini turut mendatangkan pelbagai peristiwa yang adakalanya sedih, gembira dan juga lucu.

Bapa tersalah cakap ketika dipindahkan ke PPS buat ramai terhibur

Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang pak cik ini apabila tersalah memaklumkan kepada anaknya sudah selamat berpindah ke PPS sehingga membuatkan ramai geli hati.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Teacher Husna, dia menyatakan bapanya merupakan salah seorang mangsa yang terkesan dengan banjir di Yong Peng, Johor.

Bapanya itu kemudian membuat satu rakaman video untuk dihantar kepada anak perempuannya itu bahawa dia telah selamat dipindahkan ke PPS.

Nak sebut pusat pemindahan tapi tersebut pusat pemulihan

@husnasafar30

Ayah jangan buat angah makin risau ye kat sini…. ayah cakap betul2 ayah kat pusat pemulihan ke kat pusat pemindahan???? 😂😂😂 #prayforjohor #prayforyongpeng

♬ original sound – Teacher Husna ✨ – Teacher Husna ✨

Namun apa yang melucukan bapa wanita itu tidak menyebut pusat pemindahan sebaliknya menyatakan dia berada di pusat pemulihan.

“Ayah dekat pusat pemulihan kena duduk sini,” katanya sambil menunjukkan suasana di sekitar PPS tersebut.

Video yang dihantar oleh bapanya itu secara tidak langsung telah membuatkan anak kedua itu terhibur sambil bergurau meminta ayahnya berkata perkara yang sebetulnya.

“Ayah jangan buat angah makin risau ye kat sini… ayah cakap betul-betul ayah dekat pusat pemulihan ke kat pusat pemindahan?” tulis Teacher Husna di kapsyennya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut malah ada yang berkongsi bahawa orang tua mereka juga adakalanya tersasul sehingga membuatkan mereka ketawa.

“Pakcik.. saya baru nak tidur ni pakcik.. lepas tengok video dengan komen terus mata segar”

“Pakcik dengan mak saya boleh kawan, pemindahan tapi cakap pemulihan”

“Pulihkan semangat ni. comel je”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.