fbpx
Now Reading
Persatuan Takaful Malaysia Lancar Kempen ‘Takaful 4 All’ Bantu Mangsa Banjir

Persatuan Takaful Malaysia Lancar Kempen ‘Takaful 4 All’ Bantu Mangsa Banjir

Antara inisiatif MTA bagi kempen ‘Takaful-4-All’ ini adalah membantu kerja-kerja pembersihan dan bantuan ke kawasan terjejas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini (7 Mac) melancarkan kempen ‘Takaful-4-All’, satu inisiatif yang akan menggerakkan industri Takaful secara kolektif dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda negara terutamanya di Johor.

MTA dalam satu kenyataan berkata, walaupun kesiapsiagaan jentera kerajaan sama ada peringkat negeri dan Persekutuan dapat digerakkan dengan pantas, gerak kerja pembersihan dan penempatan semula akan memerlukan kos dan tenaga kerja yang tinggi.

“Semangat gotong royong daripada pelbagai lapisan masyarakat akan dapat membantu mempermudahkan urusan mangsa yang terjejas memandangkan tindakan segera amat diperlukan, kata MTA.

Antara inisiatif di bawah kempen Takaful 4 All

Menurut MTA lagi, inisiatif oleh industri Takaful ini akan memberi empat keutamaan iaitu:

  • Memudahkan dan menyegerakan tuntutan serta perkongsian maklumat Talian Hotline untuk semua syarikat Takaful dikongsikan bersama.
  • Kempen Takaful-4-All (T4A) akan digerakkan untuk mengumpul barang barang keperluan.  Pelanggan Takaful yang ingin membuat sumbangan juga boleh menghubungi MTA atau menghantar barangan ke pusat pengumpulan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan di laman Facebook dan Instagram rasmi MTA di ‘Malaysian Takaful Association’.
  • Tindakan susulan Takaful-4-All (T4A) akan disegerakan untuk bantuan Pusat Banjir. Ini akan diikuti dengan usaha-usaha lain dari syarikat pengendali Takaful.
  • MTA bersedia untuk membawa pasukan ‘Takaful-4-All’ (T4A) bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan bantuan ke kawasan terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif MTA Encik Mohd Radzuan Mohamed berkata, pihaknya begitu terkesan dengan musibah yang menimpa mangsa banjir di seluruh negara, terutama rakyat negeri Johor justeru komited untuk menghulur bantuan dan mempercepatkan tuntutan mereka.

“Sebagai respons terhadap krisis tersebut, MTA akan menggembeleng kempen “Takaful-4-All” dengan serta merta sebagai pusat pengumpulan barang keperluan yang memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah selaras dengan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 ini. MTA menyeru semua pengendali Takaful untuk menyokong usaha ini dan menyumbang kepada initiatif ini. Pada masa yang sama kami ingin mengucapkan syabas pada pelbagai agensi awam dalam isu pengurusan bencana banjir terutamanya di Johor ketika ini.”

MTA dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar peka dengan segala pengumuman pihak berkuasa tentang maklumat terkini banjir.

“MTA turut mengingatkan semua agar kekal berwaspada dan mengikut arahan pihak berkuasa. Keselamatan mesti diutamakan terutamanya  isu elektrik dan keselamatan makanan.”

Untuk maklumat lanjut dan terkini serta maklumat bantuan, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi MTA/

Foto: Hari Anggara/ Malaymail

Info talian percuma

Selain itu anda juga boleh menghubungi info talian percuma yang disediakan di bawah mengikut pengendali dan kes berkaitan:

Khidmat tunda percuma untuk mangsa banjir terjejas ke bengkel terdekat

  • Etiqa General Takaful Berhad – 1-800-88-6491
  • Takaful Ikhlas General Berhad – 1-800-88-1186
  • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad – 1-800-888-788
  • Zurich Takaful Malaysia Berhad – 1-300-88-6222

Kelulusan ‘on-site’ bagi permohonan tanpa dokumen atau borang untuk tuntutan sehingga RM20,000

  • Etiqa General Takaful Berhad – 011-1630-6646 (KL/Selangor/Perak/Penang/Kedah/Perlis)
  • Etiqa General Takaful Berhad – 018-226-3288 (Kelantan/Terenganu/Pahang/Johor/Melaka/ Negeri Sembilan/Sabah & Sarawak)

Bantuan Kerosakan Kenderaan

  • Etiqa General Takaful Berhad – 1-800-88-6491 
  • Takaful Ikhlas General Berhad – 1-800-88-1186 
  • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad – 1-800-888-788 
  • Zurich Takaful Malaysia Berhad – 1-300-88-6222

Bantuan Rumah Terjejas Akibat Banjir

Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad – 1-300-88-252-385 / 016-218-4848 (WhatsApp)

Tuntutan Banjir

  • Etiqa General Takaful Berhad – 011-1630-6646 (KL/Selangor/Perak/Penang/Kedah/Perlis)
  • Etiqa General Takaful Berhad –  018-226-3288 (Kelantan/Terenganu/Pahang/Johor/Melaka/Negeri Sembilan/Sabah & Sarawak)
  • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad – 016-218-4848 
  • Takaful Ikhlas General Berhad – 03-2723-9696

Bantuan Medikal – Surat Jaminan Untuk Hospital 24 jam

Etiqa Family Takaful Berhad 1-800-88-9998

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.