fbpx
Now Reading
“Ini Masalah Keluarga, Jangan Ada Masuk Campur” – Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan

“Ini Masalah Keluarga, Jangan Ada Masuk Campur” – Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan

Setakat ini tiada sebarang pengesahan sama ada lelaki yang ada di dalam video tular itu adalah Musa Hassan atau ahli keluarganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada orang ramai agar menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan membabitkan perbalahan sepasang suami isteri.

Beliau berkata demikian selepas tular beberapa klip video di media sosial yang memperlihatkan pertengkaran suami isteri itu yang didakwa orang ramai adalah keluarganya.

Tegas Musa lagi, mana-mana individu yang berbuat demikian akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu ciap balas kepada seorang pengguna Twitter.

Difahamkan video berkenaan mula tersebar dan sohor di media sosial selepas dikongsikan sebuah akaun Telegram yang bernama Edisi Siasat.

Video itu yang dirakam oleh wanita berkenaan turut memperlihatkan kelibat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada pasangan suami isteri itu.

Namun kelibat wanita itu tidak kelihatan sebaliknya hanya suaranya yang didengari sedang bertengkar bersama lelaki terbabit. Malah setakat ini tiada sebarang pengesahan sama ada lelaki yang ada di dalam video itu adalah Musa Hassan atau mana-mana ahli keluarganya.

Terdahulu media melaporkan seorang bekas pegawai kanan polis didakwa memukul isteri keduanya di kediaman mereka di Kuala Lumpur.

Artikel sama turut dikongsikan beberapa pengguna Twitter seolah-olah ia ada kaitan dengan video-video yang tular itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.