Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Hari ini (8 Mac) mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah berkongsikan lima ciri-ciri wanita yang derhaka terhadap suaminya.
Menerusi ciapannya di twitter salah satu ciri isteri derhaka tersebut adalah tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan oleh pasangannya.
Selain itu, beliau turut menyenaraikan beberapa lagi ciri lain yang menunjukkan seseorang isteri itu derhaka kepada suaminya.
5 ciri-ciri wanita derhaka kepada suami
Kesemua ciri yang disenaraikan adalah:
Tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami.
Suka menyakiti hati suami.
Melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami.
Keluar rumah tanpa izin suami.
Meminta cerai dari suami.
Perkongsian tersebut secara tidak langsung turut mendapat perhatian orang ramai. Malah ada yang membalas dengan mengatakan perkara yang terbaik adalah untuk bersangka baik kepada suami atau pun isteri masing-masing.
Selain itu, ramai yang turut mendoakan urusan beliau dipermudahkan.