“Saya Memang Nak Sertai” – Amelia Henderson Pertimbang Cuba Nasib Dalam Miss Universe Malaysia
Walaupun segmen bikini diberi kelonggaran, Amelia mungkin menghadapi cabaran yang tidak diduga dalam keinginannya menyertai pertandingan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Aktres cantik, Amelia Henderson meluahkan hasrat untuk mencuba nasib dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2023.
Menurut Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, dia sedang mempertimbangkan perkara tersebut kerana tahun 2023 adalah peluang terakhir untuk dia berbuat demikian kerana faktor had umur.
Ini kerana pertandingan tersebut mempunyai had umur iaitu di antara 18 hingga 27 tahun ketika pertandingan berlangsung.
“Saya memang nak sertai dan sedang mempertimbangkan sama ada nak masuk atau tak. Kalau betul saya masuk, alangkah baik kalau dapat sokongan anda.
“Saya tak rasa ingin bersaing. Untuk bertanding dengan wanita lain, saya ragu-ragu tapi nak sebenarnya. Kalau saya tak masuk tahun ini, sudah tak ada ruang untuk bertanding,” kata pelakon utama Pulai itu dipetik dari Harian Metro.
Mengakui agak gementar, namun Amelia menjelaskan keinginan itu tetap ada.
Lega segmen berbikini tidak lagi diwajibkan
Tambah Amelia dia juga lega untuk bertanding memandangkan segmen berbikini yang sinonim dengan pertandingan itu sudah tidak diwajibkan.
Jelasnya dia sama sekali tidak akan menyarung bikini di atas pentas.
“Saya bukan seorang yang selesa memperagakan bikini atas pentas. Saya tak rasa saya sanggup lakukan itu sampai bila-bila. Tapi sekarang, pengurusan mereka pun sudah bertukar tangan,” katanya.
Miss Universe beri kelonggaran penyertaan
Sebagai rekod, Miss Universe mulai tahun 2023 bukan sekadar memberi kelonggaran pada segmen bikini, malah pertandingan tersebut turut membuka penyertaan kepada semua golongan wanita termasuklah bujang, sudah berkahwin, dan juga yang sudah bercerai. m
Malah golongan ibu turut dialu-alukan dengan syarat umur mereka sewaktu pertandingan berada pada lingkungan 18-27 tahun.
Amelia sebelum ini pernah berkahwin pada Ogos 2015 namun selepas tiga tahun melayari perkahwinan, aktres itu tampil pada Ogos 2018, mendedahkan hubungan itu sudah berakhir.
Majlis Fatwa haramkan umat Islam sertai ratu cantik
Walaupun begitu, Amelia mungkin menghadapi satu cabaran lain kerana beliau pernah memeluk agama Islam ketika berkahwin tempoh hari.
Ini kerana terdapat beberapa syarat tambahan untuk peserta ratu cantik di Malaysia anataranya fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang orang Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik.
Fatwa tersebut diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Fatwa tersebut turut menjelaskan adalah haram dan berdosa bagi mana-mana umat Islam untuk menyertai atau menyumbang kepada penganjuran apa-apa ratu cantik.
Larangan tersebut sekaligus menjadi pelakon, Erra Fazira sebagai wanita Islam terakhir yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik sedemikian.