fbpx
Now Reading
“Masa Abah Dah Nak Sampai” – Lelaki Sempat Beri Petanda Pada Keluarga Sebelum Meninggal Dunia [Video]

“Masa Abah Dah Nak Sampai” – Lelaki Sempat Beri Petanda Pada Keluarga Sebelum Meninggal Dunia [Video]

Wanita tersebut turut berkongsi beberapa amalan mulia yang dilakukan oleh arwah bapanya semasa hidup dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, tulah lumrah kehidupan di dunia ini, tak kira sama ada manusia, haiwan, ataupun tumbuhan.

Namun, segelintir orang seakan mempunyai firasat bahawa nyawanya bakal dicabut sehingga mampu memberi petanda buat ahli keluarga mahupun kenalan rapat.

Bapa beri petanda sebelum meninggal dunia

Begitulah yang dilakukan seorang bapa ini apabila dia seolah-olah sudah tahu bahawa waktunya bakal tiba sehingga memberikan petanda buat ahli keluarga yang lain.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nursyazniputeh, wanita terbabit berkongsi kenangan akhir ahli keluarganya bersama bapanya itu.

“Sehari sebelum abah pergi, abah call aku tanya bila nak balik. Abah dah tak larat ni. (Aku dah otw nak balik rumah abah masa ni).”

Pada video sama, kelihatan mereka sekeluarga sempat meluangkan waktu bersama ketika mengadakan majlis hari jadi secara kecil-kecilan.

Sempat beritahu anak dan bini waktu berada di dunia sudah tidak lama

Seakan tahu ajalnya akan tiba, Allahyarham sempat menyatakan kepada anak perempuan dan isterinya bahawa dia sudah tidak lama lagi untuk pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.

“Malam sebelum dia pergi, dia cakap kat aku dengan mama yang masa dia dah nak sampai dah. Malam yang sama dia mintak nak salam dengan aku. Katanya takut tak jumpa dah.Malam yang sama, dia hulur tangan dia dekat aku, mintak digenggam. Aku genggam tangan abah dan aku nampak pandangan abah kosong.”

@nursyazniputeh

Replying to @𝒿𝑜 semoga syurga buat abah2 kita

♬ Kali terakhir ku lihat wajahmu – Amsyarleee

Allahyarham bapa sempat mengucap, anak kongsi arwah banyak amalam

Lebih sebak lagi, wanita itu berkata Allahyarham bapanya sempat mengucap beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menerusi satu hantaran video berasingan, wanita tersebut turut berkongsi amalan yang dilakukan oleh arwah bapanya semasa hidup dahulu.

Difahamkan, Allahyarham seorang yang menjaga solat lima waktu sepanjang hidupnya dan selalu bangun untuk solat tahajud walaupun di saat sakit.

“Abah tak putus-putus keluarkan zakat pada yang memerlukan. Abah seorang anak, suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab dan selalu menjada hubungan sesama manusia.”

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat perkongsian wanita itu bersama Allahyarham bapanya di saat akhir, malah ada juga segelintir netizen yang turut berkongsi kisah yang sama dilalui mereka.

Selain itu, tak kurang juga yang memanjatkan doa agar Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.