fbpx
Now Reading
Muhyiddin Yassin Dihalang Ke Luar Negara, Dijangka Akan Ditahan SPRM Hari ini
muhyiddin yassin mungkin ditahan SPRM

Muhyiddin Yassin Dihalang Ke Luar Negara, Dijangka Akan Ditahan SPRM Hari ini

Menurut Ketua Penerangan BERSATU Nasional, Razali Idris bekas Perdana Menteri itu bakal didakwa di mahkamah 10 Mac oleh SPRM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden Parti Pribumi Malaysia atau BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dihalang untuk membuat perjalanan ke luar negara berdasarkan dokumen yang ditunjukkan oleh mahkamah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, BERSATU kemudian telah mencabar keputusan itu dengan membuat permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi.

“Larangan perjalanan itu dikenakan kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim bimbang Muhyiddin akan bercakap tentang perubahan dan juga perkembangan politik di Malaysia di forum antarabangsa,” tulis pada permohonan tersebut.

Difahamkan bekas Perdana Menteri itu telah dijadualkan untuk berucap di satu forum di luar negara.

BERSATU Dakwa larangan perjalanan untuk cemarkan reputasi Muhyiddin

BERSATU kemudiannya mendakwa bahawa larangan perjalanan yang dikenakan terhadap Muhyiddin adalah salah bahkan beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenainya.

Parti itu mendakwa larangan tersebut bertujuan mencermarkan reputasi Muhyiddin seolah-olah Ahli Parlimen Pagoh itu melakukan kesalahan jenayah dan cuba untuk melarikan diri.

Kata BERSATU, larangan yang dikenakan kepada presiden parti itu juga melanggar hak beliau di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dakwa keputusan bekukan bank dibuat dengan niat tak baik

Terdahulu BERSATU membuat permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membatalkan pembekuan akaun bank milik parti tersebut.

Parti itu turut memfailkan di Mahkamah Tinggi semalam (8 Mac), yang mendakwa keputusan untuk membekukan akaun bank tersebut dibuat dengan niat yang tidak baik.

Februari lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki turut mengesahkan beberapa akaun bank yang dipegang oleh parti itu dibekukan untuk siasatan dilakukan kepada parti terbabit.

Siasatan tersebut dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan pakej rangsangan Covid-19 yang bernilai sebanyak RM92.5 bilion oleh kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin dijangka akan ditahan lepas beri keterangan hari ini

Sementara itu, presiden parti berkenaan turut dijangka akan ditahan oleh SPRM selepas beliau memberikan keterangan di ibu pejabat pada hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan BERSATU Nasional, Datuk Razali Idris dan beliau menjangkakan Muhyiddin bakal didakwa di mahkamah esok (10 Mac) oleh SPRM.

“Muhyiddin sudah diminta hadir ke ibu pejabat SPRM dan kita jangka beliau akan ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah, esok (10 Mac).

“Tindakan ini dilakukan sehari sebelum Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dan ia dianggap tidak berperikemanusiaan,” katanya kepada Berita Harian.

Siasatan yang dilakukan ke atas bekas Perdana Menteri itu disyaki berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.