fbpx
Now Reading
“Ia Tidak Wajar” – Kesatuan Bank Tak Setuju Cadangan Cagar Wang KWSP Untuk Pinjaman

“Ia Tidak Wajar” – Kesatuan Bank Tak Setuju Cadangan Cagar Wang KWSP Untuk Pinjaman

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SBEU, Andrew Lo cadangan itu jika dilaksanakan akan membuatkan pencarum berdepan risiko dibebani kadar faedah tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (10 Mac) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang mereka sendiri yang ada di badan itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Langkah itu difahamkan bagi membantu kesemua pencarum KWSP ‘terdesak’ yang mempunyai simpanan mencukupi di dalam akaun KWSP tetapi ingin mendapatkan pinjaman wang disebabkan pelbagai faktor.

Baca artikel berkaitan :Kerajaan Cadang Pencarum ‘Terdesak’ Guna Wang KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman Bank – PM

Ia bagaimanapun kurang disenangi segelintir pengguna media sosial yang menyifatkan ia hanya akan lebih menyusahkan golongan yang sudah terkesan.

Terbaharu, Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) turut menyuarakan rasa kurang setuju mereka dengan cadangan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SBEU, Andrew Lo cadangan itu jika dilaksanakan akan membuatkan pencarum berdepan risiko dibebani kadar faedah tinggi.

“Di bawah Akta KWSP simpanan pencarum dilindungi daripada kebankrapan. Justeru, apa yang akan berlaku jika peminjam gagal membayar pinjaman mereka dan adakah bank mahu memberi pinjaman dengan cagaran sedemikian?” katanya dipetik dari MalaysiaKini.

Malah beliau merasakan terdapat risiko tinggi pencarum tersebut akan lalai dan bank akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP.

“Memandangkan skim ini adalah untuk mereka yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman, terdapat risiko tinggi mereka lalai dan kedua bank akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP.

“Jadi pencarum akan terus melihat kedudukan kewangan keseluruhan mereka bertambah buruk.

“Ia juga akan meningkatkan tahap keberhutangan yang telah mencapai tahap yang membimbangkan,” kata Lo lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.