Ramai Kecam Tindakan 4×4 Tak Ikat Muatan Dengan Baik Kerana Boleh Akibatkan Kemalangan [Video]
Turut kelihatan bas yang berada di bahagian belakang melanggar peti sejuk itu sejurus peti sejuk berkenaan tercampak sehingga ke laluan tengah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kenderaan 4×4 adalah sebuah kereta yang serbaguna, kerana sifatnya yang lasak dan luas membolehkan ia digunakan untuk membawa barang dan sebagainya.
Malah ada juga yang lebih memilih untuk menyewa kenderaan ini apabila ingin membawa barangan yang berat dan besar kerana harga sewaan yang jauh lebih murah berbanding lori.
Kenderaan 4×4 cuai, muatan hampir menyebabkan berlakunya kemalangan
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan sebuah peti sejuk yang terjatuh dari sebuah kenderaan 4×4 yang dibawa di lebuh raya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ian Musa di Facebook Dashcam Owner Malaysia, kelihatan kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam itu meluncur laju di laluan sebelah kanan sambil membawa peti sejuk di belakangnya.
Namun secara tiba-tiba peti sejuk itu terjatuh di atas jalan dan dipercayai insiden itu berlaku disebabkan barangan tersebut tidak diikat dengan baik.
Mungkin sedar muatan yang dibawa telah terjatuh di atas jalan raya, kelihatan kenderaan 4×4 itu seolah-olah ingin berhenti apabila menukar laluannya ke sebelah kiri jalan.
Peti sejuk hampir dilanggar oleh kereta pesona
Apa yang lebih menakutkan rakaman dashcam dari bahagian belakang turut menunjukkan peti sejuk itu hampir menyebab kemalangan namun berjaya dielak oleh sebuah kenderaan pesona.
Kelihatan kenderaan itu segera menukar laluannya sebaik sahaja melihat peti sejuk itu terjatuh. Manakala sebuah bas yang berada di bahagian belakang kenderaan terbabit dilihat seperti melanggar barangan elektrik berkenaan apabila peti sejuk itu tercampak ke laluan tengah.
Video yang sama turut dikongsikan ke laman group Traffic Info Crew di Facebook.
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam kenderaan tersebut kerana tidak mengikat muatan itu dengan betul.